WUKUF, PENYATUAN UMAT DAN HATI DENGAN SANG PENCIPTA

Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali! Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Maka, Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima. Dilaksanakan pada 8 atau 9 Zulhijjah.

Disinilah berhimpunnya jutaan umat islam saban tahun di setiap ibadah haji dan umrah namun hakikatnya kita masih lemah. Kita semua masih angkuh dengan nikmat dan kurniaan yang diberikan menjadi enau dalam belukar yang akan melepaskan pucuk masing-masing tanpa peduli keadaan disekelilingnya. Jika kekuatan itu ada kita akan merasakan penyatuan itu amat bermakna untuk dunia hari ini.

Dengan hati yang ingin kembali suci, memohon ampun dengan Ilahi dan menginsafi setiap perbuatan dosa selama ini agar perjalanan ke negeri makmur abadi akan menjadi pasti dan mudah sekali. Mengharapkan dengan ihsan Ilahi agar dosa-dosa yang banyak tidak terperi diampunkanNYA. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya