Posts

CARA SYAITAN MENGGODA MANUSIA : Menghiasi kebatilan.

Kebatilan biasanya berupa dalam gambaran yang buruk lagi, menjijikkan. Oleh sebab itu syaitan sentiasa berusaha menutup keburukan itu supaya kelihatan indah dan menarik. قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39) Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Al Hijr: 39) Diantara contohnya: Menyanjung Nabi secara berlebihan dikatakan sebagai tanda cinta kepadanya, menambah amalan yang tidak warid (datanq) dari Nabi dikatakan akan lebih afdal ganjarannya, bertawassul dengan para wali yang telah wafat supaya doanya lekas makbul, meninggalkan amal ma'ruf nabi mungkar demi menjalin persaudaraan, dan lain-lain. Menamakan ma'siat denqan istilah yanq menarik : قَالَ يَاآدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْل...

Hubungan kita...

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Fussilat 41:31) Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.   Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata).  Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)". (Asy-Syuura 42:15) ...

Istiqomah yang paling berat...

Setiap kita sememangnya berdosa dan pintu taubat sentiasa terbuka namun adakah masa hak milik kita untuk menyempurnakan taubat yang tergendala? Ya Allah, kami sentiasa tertipu oleh nafsu dan makhluk derhaka yang licik menipu namun kami sentiasa meminta perlindunganmu agar setiap hela nafas dan gerak geri kami tidak menambahkan dosa dan kesalahan bertambah lagi. Setiap yang terjadi tetap dibawah takdirmu namun kami yang lalai dan terlupa akan perintahmu. Ada firmanMU berbunyi  " Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!" (Al-Jumu'ah 62:6)  Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut HAWANAFSU mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya.(Bukan sahaja Ka...

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

'Abd bin Humaid, Ibnu Mardawaih dan Ibn 'Asakir telah meriwayatkan daripada Abi Dzar bahawa dia telah bertanya Rasulullah S.A.W :"Berapakah jumlah kitab yang telah diturunkan Allah?" Sabda Nabi S.A.W: "Seratus empat belas buah semuanya, di antaranya ialah sepuluh suhuf diturunkan kepada Nabi Adam , lima puluh kepada Nabi Seth , tiga puluh suhuf kepada Nabi Idris , sepuluh suhuf kepada Nabi Ibrahim , sepuluh suhuf kepada Nabi Musa , sebelum diturunkan Taurat dan Allah SWT menurunkan kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran" Dalam suhuf Ibrahim terdapat pesanan berikut: " Orang yang berakal wajar menjaga lidahnya, arif tentang zamannya dan bersedia menghadapi masa depannya ." Al-Ajuriy dan yang selainnya telah meriwayatkan daripada Abi Dzar katanya: "Aku bertanya,"Wahai Rasulullah, apakah yang terkandung di dalam suhuf Ibrahim?" Sabda Rasulullah S.A.W: " Kesemuanya adalah nasihat, diantaranya: Wahai raja yang terpedaya, sesu...

Bagaimanakah mencintai Rasulullah?

Telah berlalu satu hari yang merupakan ulangtahun kelahiran seorang rasul dan junjungan besar serta seorang manusia yang paling berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut. Baginda Rasulullah yang bernama Muhammad bin Abdullah, seorang utusan akhir membawa ajaran tauhid yang hanif dari Maha Pencipta. Baginda telah meninggalkan kita selama 1379 tahun yang lalu dengan mewariskan beberapa generasi hingga Islam menjadi agama terbesar didunia dan pernah mempunyai wilayah kekuasaan 1/3 dunia. Para sahabat yang pernah hidup bersama baginda amat mengasihi dan menyanjungi baginda tanpa ada rasa prejudis ditambah pula dengan ciri-ciri keterbukaan dalam kepimpinannya. Baginda memang sebaik-baik pemimpin yang diturunkan Allah s.w.t kepada manusia akhir zaman. Sebagai seorang pemimpin, suami dan bapa yang sentiasa mendapat petunjuk Allah s.w.t juga seorang hamba dan kekasihNYA. Banyak tauladan serta contoh terbaik boleh diambil dari baginda dan jika kita lihat sejarah dan kita akan dapati ramai ulam...

Memahami takdir dan ketentuan

Takdir adalah jadual perjalanan hidup yang telah ditentukan.Ia telah ditulis di satu kitab induk yang besar di Lauh Mahfuz. Ia memang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. bagi segenap makhluknya sehingga masa yang telah ditentukannya. Ada takdir yang nyata difirman oleh Nya tidak akan berubah dan telah ditulis (diberi) ketika kita dijadikan (ditiupkan roh) di dalam rahim ibu iaitu ajal,jodoh dan rezki. Ketetapan takdir sebenarnya meliputi setiap perkara pada setiap detik namun Allah s.w.t. telah memberi kita pilihan dua jalan pada setiap amal perbuatan yang kita lakukan sama ada ke kanan (kebaikan) atau ke kiri (Kejahatan). Disinilah peranan tiga unsur utama kita dalam memandu jasmani (roh,akal dan nafsu) dalam meniti hari-hari yang memenuhi diari kehidupan sebelum roh diangkat keluar dari dunia ini meninggalkan jasad dan akal yang kaku mereput dibumi. Roh adalah unsur yang abadi dengan izin Nya yang akan dicantumkan semula dengan jasad dibumi pada hari pembalasan nanti. Maka kita akan...

Tahun baru permulaan dari sambungan sebuah perjalanan

Hanya nama hari dan bulan sahaja sentiasa sama namun setiap perjalanan jamnya adalah berbeza. Tiap kali bertukar tahun seperti baru memulakan langkah semula. Namun jika diamati semula permulaan setiap tahun hanyalah sambungan dari kisah perjalanan kita pada kalendar yang lepas. Sambungan dari cara dan jalan cerita yang sama tanpa bertukar watak dan agenda. Dalam Islam, setiap hari yang berlalu telah tercatat dalam kitab amalan dahulu. Namun setiap hari yang mendatang perlu lebih baik dari semalam. Kita sentiasa tertipu dengan keseronokan dunia walaupun kita tahu ia adalah sementara. Tujuan hidup yang utama adalah beribadah kepadanya dan maksud beribadah sebenarnya bukan satu amalan peribadatan khusus semata-mata namun ia boleh diluaskan lagi dalam konteks menjana kehidupan keseluruhannya boleh dijadikan ibadat juga namun niat yang ikhlas seperti yang dibacakan dalam permulaan solat (doa iftitah)"...solatku,hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH semata-mata..." boleh dijadik...