Posts

Itulah ketentuannya

Dewasa ini ramai sekali di kalangan kita sedaya upaya untuk melawan takdir. Mereka telah menyalahgunakan maksud berusaha kerana usaha sebenarnya ada batasnya. Setiap takdir dan batasnya adalah ketentuannya didalam satu kitab induk yang besar. Selalu kita berdoa agar dikurniakan apa yang kita minta atau inginkan. Sejak dilahirkan dengan melihat dunia, adakah kita punya pilihan untuk beribubapa sesiapa sahaja? kitakah yang memilih nama yang sesuai atau hanya menerima seadanya. Itulah takdirnya kita sebagai ruh yang diberikan jasad (dari tanah) sebagai pakaian untuk terus bernafas dan membesar di dalam dunia yang fanan ini. Adakah kita masih ingat perjajian kita dengan yang maha esa? kita sudah lupa dengan semua itu apabila kesenangan dunia menerpa. Apabila kesusahah menimpa kita mengadu kepadaNYA supaya begitu dan begini. ALlah tidak membiarkan kita berenang sendiri tanpa jalur takdirNYA yang panjang sehingga dicabut semula segala pakaian (jasad) dan perhiasan (dunia) dan mengembalikan...

Salam Maal Hijrah 1432

"Satu Muharram detik pemulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah.Penghijrahan Nabi dan umat islam, dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Asas keyakinan dan iman yang teguh, kaum Muhajirin dan Ansar bersatu. Rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan Islam tercinta" Tahun demi tahun sedar tak sedar telah 1432 tahun Rasululullah s.a.w yang tecinta telah menggerakkan satu kesatuan dan permulaan dalam mempromosi Islam ke serata dunia. Tahun itu bermulanya satu asas ketamadunan dan kebebasan bagi Umat Islam seluruhnya. Kedua-dua kota ini telah menjadi saksi bagaimana semangat dan kesungguhan seorang Rasul dalam memenuhi tuntutan ALlah s.w.t dalam membina dan menegakkan ajaran tauhid legasi peninggalan moyangnya Nabi Ibrahim a.s. Peristiwa inilah yang banyak mengajar manusia tentang perjanjian demi sebuah perpaduan. Bagaimana ALlah s.w.t membuka hati orang Madinah menerima Rasulullah s.a.w dan sahabatnya Muhajirin Mekah masuk kedalam komuniti mereka lantas membina kekuatan ketenteraan ...

Ikut-ikut orang

Dewasa ini, masyarakat islam khususnya di malaysia selalu terpengaruh dengan budaya ikutan atau hanya mendengar omongan orang ramai. Ia menyebabkan minda mereka tidak mahu belajar atau mencari suatu kebenaran disebalik sesuatu pengkhabaran. Mereka lebih suka melihat yang mana ramai orang buat atau orang dulu-dulu buat. Maka muncul satu sifat mengikut tanpa memeriksa atau membuat sesuatu perkara secara membabi-buta atau sesuka hati sahaja. Begitu juga dalam ibadat, mereka hanya tahu mengikut jika yang diikut itu betul maka syukurlah tetapi jika yang diikut itupun salah, masya'Allah.Kepentingan berguru atau belajar adalah penting dan sebab itulah Rasulullah s.a.w  dalam mendidik para sahabatnya r.a melalui cara tarbiah melalui contoh atau perbuatan baginda sendiri. Baginda sendiri belajar dari seorang 'Ummi' dengan Malaikat Jibril a.s secara teori (kelubuk hati) ataupun secara praktikal terutamanya ibadat solat. Tanpa didikan atau ikutan dari baginda, agak sukar untuk sesua...

Bulan Qurban datang lagi..

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar...Allahuakbar walillah ilham.Syukur dan segala pujian yang tidak terhingga kepada ALLAH swt yang telah banyak melimpah rahmatnya keseluruh alam. Pengorbanan telah disyariatkan oleh ALLAH swt kepada hambanya yang bertakwa setelah diwajibkan berpuasa. Selepas ini mereka akan menyambut kiraan tahun baru setelah penghijrahan pertama RASULLULAH saw untuk membina satu kekuatan dengan membina atau membentuk satu komuniti islam yang akhirnya membina sebuah negara dan empayar sehingga disambung dari generasi kegenerasi sehingga berjaya menakluk satu pertiga dunia. Inilah falsafahnya bagi setiap orang yang memikirkan bagaimana sebulan digunakan untuk mengukuhkan kesabaran dalam ibadat puasa dan amalan sunat diamalkan bagi justeru membina benteng kekuatan iman. Selepas itu, setelah dua bulan berlalu dan diwajibkan mengunjungi baitullah di Mekah dengan satu disiplin pengibadahan yang amat mengkagumkan. Berjuta umat dikumpul dalam satu acara mega memuja dan m...

Syair Sekarang ...

Sekarang zaman fitnah yang menakutkan dan tersiar setiap pagi. Sekarang sesama muslim nak senyum sesamapun susah kerana berlainan organisasi. Sekarang sesama muslim keji-mengeji kerana berlainan ideologi dan parti. Sekarang sesama insan punya prejudis sesama sendiri kerana tidak kenal-mengenali. Sekarang ahli ibadatpun ada dengki-mendengki seperti syurga itu hanya untuk diri-sendiri. Sekarang sesama ulama dan umara pun susah bersatu dibawah satu panji. Sekarang  umat  nabi (Muhammad S.A.W) tak berhati-hati dengan musuh yang telah menyamar sebagai saudara seagama sendiri. Sekarang generasi munafik menjadi pemimpin bagi umat majoriti yang buta dan tuli. Sekarang masing-masing tidak peduli asalkan perut dan nafsu dipenuhi. Sekarang sikap mementingkan diri sudah jadi budaya semulajadi. Sekarang majoriti umat ibarat binatang ternak yang cukup makan dan pakai (gaji) tidak kisah dengan nasib saudara sendiri. Sekarang dan setiap hari kita berdoa agar Rabbul I'zzati merahmat...

Ramadhan..ku harapkan pertemuan sekali lagi

Amat sedih sekali bila bulan telah berganti datangnya Syawal membawa seri yang dinanti-nanti oleh semua muslim bagi merayakannya. Namun jauh di sudut hati Ramadhan telah berlalu pergi dengan harapan ia telah memberi 1001 kebaikan dan mampu membersihkan hati ini. Seuluh malam terakhirnya telah dilalui dengan penantian Malam Al-Qadar yang memberi ganjaran ibadat seperti seribu bulan. Semoga Allah memberikan ganjarannya atas apa yang telah dilakukan. Ramadhan sebagai madrasah pengukuhan iman dan tingkat ketakwaan dalam menghadapi gelombang ujian yang mendatang.

Asal kalimah Tasbih, Tahmid dan Takbir

Segala puji bagi Allah tuhan yang layak disembah, tiada tuhan yang lain kecuali dia. Segala kebesaran, kekuasaan dan kemegahan hanyalah milikNya yang mempunyai asma' ul husna. Dialah yang menjadikan kita wujud dari tiada dan menikmati dunia yang hanya sementara. Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W telah mendengar satu kisah dari Jibril A.S. tentang satu peristiwa ketika Allah S.W.T. memerintahkan satu Malaikat untuk mengukur berapakah luasnya ArasyNya. Dengan dikurniakan sepasang sayap yang panjang dan besar (jika dikepakkan boleh menutup seluruh bumi)bagi memudahkannya terbang laju untuk mencari penghujungnya. Lalu malaikat inipun terbang sejauh dan selama mungkin selagi tidak diperintahkan Allah berhenti. Setelah seratus tahun, seribu tahun, sepuluh ribu tahun dan empat puluh ribu tahun namun masih lagi tiada nampak akan dia penghujungnya. Lalu Allah S.W.T. telah menganugerahkan sepasang sayap lagi bagi menambah kelajuannya namun masih gagal untuk mencari penghujungnya. Setelah se...