Ikut-ikut orang

Dewasa ini, masyarakat islam khususnya di malaysia selalu terpengaruh dengan budaya ikutan atau hanya mendengar omongan orang ramai. Ia menyebabkan minda mereka tidak mahu belajar atau mencari suatu kebenaran disebalik sesuatu pengkhabaran. Mereka lebih suka melihat yang mana ramai orang buat atau orang dulu-dulu buat. Maka muncul satu sifat mengikut tanpa memeriksa atau membuat sesuatu perkara secara membabi-buta atau sesuka hati sahaja.

Begitu juga dalam ibadat, mereka hanya tahu mengikut jika yang diikut itu betul maka syukurlah tetapi jika yang diikut itupun salah, masya'Allah.Kepentingan berguru atau belajar adalah penting dan sebab itulah Rasulullah s.a.w  dalam mendidik para sahabatnya r.a melalui cara tarbiah melalui contoh atau perbuatan baginda sendiri. Baginda sendiri belajar dari seorang 'Ummi' dengan Malaikat Jibril a.s secara teori (kelubuk hati) ataupun secara praktikal terutamanya ibadat solat.

Tanpa didikan atau ikutan dari baginda, agak sukar untuk sesuatu ibadat dilaksanakan dan akan terwujud berbagai-bagai cara dan pendapat yang boleh mengelirukan seterusnya mendatangkan pertengkaran. Oleh sebab itu, takdirnya hari ini masalah fekah umat islam terbahagi kepada beberapa mazhab dengan empat mazhab utama yang berpegang kepada penyatuan diwawah Jemaah Sunnah. Perbezaan antara mazhab ini cuma melibatkan masalah furu' yang tidak melibatkan perkara-perkara rukun dan wajib.

Pada masa ini, kumpulan yng menggelar diri mereka ulama salafi pula memegang kepada satu fahaman yang dikatakan neutral dan 'original' dari Rasulullah s.a.w dalam panduan mereka beribadat serta kaedah cara hidup Islam. Mereka cuba untuk menonjolkan satu cara atau aliran pemikiran baru yang mereka dakwa hanya datang dari Rasulullah tanpa ada campuran dari pendapat ulama-ulama terdahulu zaman-berzaman. Bagi seorang muslim yang cuba mencari jalan yang benar dan kumpulan yang betul sebagaimana dalam Hadis Baginda yang bermaksud: “Dari Abu Hurairah ia berkata : “Telah bersabda Rasulullah SAW. Kaum Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan atau 72 golongan dan Kaum Nashrani telah terpecah menjadi 71 golongan atau 72 golongan dan ummatku akan terpecah menjadi 73 golongan”.Diriwayatkan dari jalan Muhammad bin ‘Amr dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w.

Bagiku, kita punya akal dan kepercayaan di sarungi dengan iman yang disyahadahkan serta diamalkan. Zaman sekarang adalah zaman tanpa sempadan terutamanya gerbang maklumat tanpa batasan. Semuanya dihujung jari namun kita perlukan guru sebagai ikutan dan guru itu mestilah soleh dari pandangan dan pemerhatian. Kita juga punya tempat aduan yang utama dan pertama iaitu kembali mengangkat tangan kepada tuhan agar kita tidak tersalah dari panduan dan jalan-jalan yang diredhainya.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah engkau Memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripadamu Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan. Wahai Tuhan kami! Berilah rahmat kepada kami dari sisimu dan sediakanlah Petunjuk bagi kami dalam urusan kami. Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah kami berserah dan kepada Engkaulah kami Bertaubat dan kepada Engkaulah tempat kembali.Wahai Tuhan kami! Janganlah Jadikan kami fitnah (terpengaruh atau tunduk) bagi orang-orang kafir dan ampunilah Bagi kami wahai Tuhan,sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.









Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya