Salam Maal Hijrah 1432

"Satu Muharram detik pemulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah.Penghijrahan Nabi dan umat islam, dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Asas keyakinan dan iman yang teguh, kaum Muhajirin dan Ansar bersatu. Rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan Islam tercinta"

Tahun demi tahun sedar tak sedar telah 1432 tahun Rasululullah s.a.w yang tecinta telah menggerakkan satu kesatuan dan permulaan dalam mempromosi Islam ke serata dunia. Tahun itu bermulanya satu asas ketamadunan dan kebebasan bagi Umat Islam seluruhnya. Kedua-dua kota ini telah menjadi saksi bagaimana semangat dan kesungguhan seorang Rasul dalam memenuhi tuntutan ALlah s.w.t dalam membina dan menegakkan ajaran tauhid legasi peninggalan moyangnya Nabi Ibrahim a.s.
Peristiwa inilah yang banyak mengajar manusia tentang perjanjian demi sebuah perpaduan. Bagaimana ALlah s.w.t membuka hati orang Madinah menerima Rasulullah s.a.w dan sahabatnya Muhajirin Mekah masuk kedalam komuniti mereka lantas membina kekuatan ketenteraan dan perniagaan bagi menjamin kelancaran dalam satu usaha mebina negara seterusnya sebuah ketamadunan yang berlandaskan perintah dari langit. Perpaduan yang terbentuk dikalangan orang-orang Madinah (Puak Aus dan Khazraj) yang dikenali sebagai Ansar mengikat tali persaudaraan dengan Muhajirin menjadi satu kejayaan besar baginda dengan takdir tuhan.

Disini dapat kita pelajari satu pelajaran dari tuhan tentang satu semangat yang penting untuk membina kekuatan iaitu perpaduan. Allah s.w.t melalui RasunNya. Setiap negara perlukan perpaduan yang menjadi punca satu kekuatan. Tanpa perpaduan, setiap kesatuan atau kenegaraan akan musnah dan goyah walaupun hanya sekelumit cubaan atau tentangan cuba untuk menggoyahnya. Walaupun telah beribu tahun kita sentiasa meraikan peristiwa ini namun mengapa hati kita masih tertutup dengan untuk mengambil iktibar dari pelajaran langsung dari ALlah s.w.t ini? Semua perpecahan dan perbalahan yang berlaku pada ummah hari ini adalah kesilapan kita tentang kegoan yang dipertahankan demi kepuasan hati sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya