Itulah ketentuannya

Dewasa ini ramai sekali di kalangan kita sedaya upaya untuk melawan takdir. Mereka telah menyalahgunakan maksud berusaha kerana usaha sebenarnya ada batasnya. Setiap takdir dan batasnya adalah ketentuannya didalam satu kitab induk yang besar. Selalu kita berdoa agar dikurniakan apa yang kita minta atau inginkan.

Sejak dilahirkan dengan melihat dunia, adakah kita punya pilihan untuk beribubapa sesiapa sahaja? kitakah yang memilih nama yang sesuai atau hanya menerima seadanya. Itulah takdirnya kita sebagai ruh yang diberikan jasad (dari tanah) sebagai pakaian untuk terus bernafas dan membesar di dalam dunia yang fanan ini. Adakah kita masih ingat perjajian kita dengan yang maha esa? kita sudah lupa dengan semua itu apabila kesenangan dunia menerpa. Apabila kesusahah menimpa kita mengadu kepadaNYA supaya begitu dan begini.
ALlah tidak membiarkan kita berenang sendiri tanpa jalur takdirNYA yang panjang sehingga dicabut semula segala pakaian (jasad) dan perhiasan (dunia) dan mengembalikan kita (ruh) disisinya.Di alam ini kita dibekalkan dengan beberapa peralatan (panca indera) dan akala yang bersesuaian untuk memulakan kehidupan seharian. Takdir itu akan membentuk pengalaman dari asuhan,didikan dan tindakbalas persekitaran. Setiap kita mempunyai koordinat kehidupan tersendiri lalau bertemu dan bercampur gaul sehingga punyai persamaan atau perbezaan mengikut pertembungan dalam suasana kehidupan.

Kita datang dan pergi semuanya punyai ketentuan yang terikat dengan suatu masa dan persekitaran. Lihat sahaja takdir orang lain y7ang tentu sekali berbeza walaupun tinggal berjiran dengan kita. Perhatikan pula ahli keluarga kita yang punyai takdir yang berlainan walaupun mempunyai ibubapa yang sama dan dibesarkan dalam tempat yang sama. Itu semua kisah takdir dan kita selalu mahu mengubahnya walaupun kita sering kecewa. Jika kita berdoa untuk mengubahnya tapi sebenarnya itulah takdirnya bila kita berdoa dan apa pula jika sebaliknya? setiap daripada kita inginkan takdir yang baik tapi masih lupa bahawa hanya ALlah sahaja yang berkuasa mutlak dalam mengubahnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya