Syair Sekarang ...

Sekarang zaman fitnah yang menakutkan dan tersiar setiap pagi.
Sekarang sesama muslim nak senyum sesamapun susah kerana berlainan organisasi.
Sekarang sesama muslim keji-mengeji kerana berlainan ideologi dan parti.
Sekarang sesama insan punya prejudis sesama sendiri kerana tidak kenal-mengenali.
Sekarang ahli ibadatpun ada dengki-mendengki seperti syurga itu hanya untuk diri-sendiri.
Sekarang sesama ulama dan umara pun susah bersatu dibawah satu panji.
Sekarang  umat  nabi (Muhammad S.A.W) tak berhati-hati dengan musuh yang telah menyamar sebagai saudara seagama sendiri.
Sekarang generasi munafik menjadi pemimpin bagi umat majoriti yang buta dan tuli.
Sekarang masing-masing tidak peduli asalkan perut dan nafsu dipenuhi.
Sekarang sikap mementingkan diri sudah jadi budaya semulajadi.
Sekarang majoriti umat ibarat binatang ternak yang cukup makan dan pakai (gaji) tidak kisah dengan nasib saudara sendiri.
Sekarang dan setiap hari kita berdoa agar Rabbul I'zzati merahmati, memberkati dengan hidayah serta inayahnya dan tetapkanlah hati di jalan yang lurus para nabi.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya