Asal kalimah Tasbih, Tahmid dan Takbir

Segala puji bagi Allah tuhan yang layak disembah, tiada tuhan yang lain kecuali dia. Segala kebesaran, kekuasaan dan kemegahan hanyalah milikNya yang mempunyai asma' ul husna. Dialah yang menjadikan kita wujud dari tiada dan menikmati dunia yang hanya sementara.

Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W telah mendengar satu kisah dari Jibril A.S. tentang satu peristiwa ketika Allah S.W.T. memerintahkan satu Malaikat untuk mengukur berapakah luasnya ArasyNya. Dengan dikurniakan sepasang sayap yang panjang dan besar (jika dikepakkan boleh menutup seluruh bumi)bagi memudahkannya terbang laju untuk mencari penghujungnya. Lalu malaikat inipun terbang sejauh dan selama mungkin selagi tidak diperintahkan Allah berhenti. Setelah seratus tahun, seribu tahun, sepuluh ribu tahun dan empat puluh ribu tahun namun masih lagi tiada nampak akan dia penghujungnya. Lalu Allah S.W.T. telah menganugerahkan sepasang sayap lagi bagi menambah kelajuannya namun masih gagal untuk mencari penghujungnya. Setelah sembilan puluh ribu tahun, barulah Allah S.W.T. memerintahkan ia berhenti dan berfirman "Sesungguhnya apa yang engkau telah lewati itu hanyalah keluasan 1/10 dari keluasan Arasyku ini". Maka malaikat itupun kagum dengan kebesaran tuhannya lalu keluarlah perkataan 'Subhanallah' lalu telah didengari oleh Jibril akan kalimah ini dan mengamalkannya.

Semasa penciptaan manusia iaitu Nabi Adam A.S. mengambil masa yang agak lama bukan kerana Allah tidk mampu menjadikannya sekelip mata namun inilah hikmah penciptaan agar manusia benar-benar memahaminya. Apabila telah dibentukknya lembaga manusia dari tanah liat hitam dan kering itu lalu dijemurnya selama 40 tahun. Selepas itu ditiupkan roh kedalam jasad tadi melalui ubun-ubunnya. Maka terhasilah setiap aggota badan yang sempurna bermula dengan rambut dan kepala sehinggalah sempurna. Tatkala sempurnanya penciptaan itu maka terkeluarlah satu kalimah 'Alhamdulillah' dari mulut Nabi Adam A.S. maka terdengarlah oleh Jibril maka terpegunlah ia lalu mengamalkannya.

Kisah ketika Nabi Ibrahim A.S. diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. di satu peristiwa yang bersejarah itu, ketika baginda ingin meletakkan pisau dileher anakandanya, terkeluar satu perkataan yang belum pernah didengari oleh semua makhluk iaitu kalimah 'Allahuakbar'. Maka terpegun Jibril akan kalimah ini lalu mengamalkannya. Setelah dikisahkan oleh Jibril tentang peristiwa-peristiwa tadi dengan serta merta Rasulullah S.A.W. mengucapkan 'Walahaulawala quwwataillabillahil 'aliyil 'adzim'. Begitulah mulianya manusia disisi Allah apabila mereka beriman dan diberi hidayah maka semua malaikat sujud ketasnya kecuali Iblis Laknatullah yang mempunyai sifat kedengkian yang amat nyata.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya