Posts

Bulan Qurban datang lagi..

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar...Allahuakbar walillah ilham.Syukur dan segala pujian yang tidak terhingga kepada ALLAH swt yang telah banyak melimpah rahmatnya keseluruh alam. Pengorbanan telah disyariatkan oleh ALLAH swt kepada hambanya yang bertakwa setelah diwajibkan berpuasa. Selepas ini mereka akan menyambut kiraan tahun baru setelah penghijrahan pertama RASULLULAH saw untuk membina satu kekuatan dengan membina atau membentuk satu komuniti islam yang akhirnya membina sebuah negara dan empayar sehingga disambung dari generasi kegenerasi sehingga berjaya menakluk satu pertiga dunia. Inilah falsafahnya bagi setiap orang yang memikirkan bagaimana sebulan digunakan untuk mengukuhkan kesabaran dalam ibadat puasa dan amalan sunat diamalkan bagi justeru membina benteng kekuatan iman. Selepas itu, setelah dua bulan berlalu dan diwajibkan mengunjungi baitullah di Mekah dengan satu disiplin pengibadahan yang amat mengkagumkan. Berjuta umat dikumpul dalam satu acara mega memuja dan m...

Syair Sekarang ...

Sekarang zaman fitnah yang menakutkan dan tersiar setiap pagi. Sekarang sesama muslim nak senyum sesamapun susah kerana berlainan organisasi. Sekarang sesama muslim keji-mengeji kerana berlainan ideologi dan parti. Sekarang sesama insan punya prejudis sesama sendiri kerana tidak kenal-mengenali. Sekarang ahli ibadatpun ada dengki-mendengki seperti syurga itu hanya untuk diri-sendiri. Sekarang sesama ulama dan umara pun susah bersatu dibawah satu panji. Sekarang  umat  nabi (Muhammad S.A.W) tak berhati-hati dengan musuh yang telah menyamar sebagai saudara seagama sendiri. Sekarang generasi munafik menjadi pemimpin bagi umat majoriti yang buta dan tuli. Sekarang masing-masing tidak peduli asalkan perut dan nafsu dipenuhi. Sekarang sikap mementingkan diri sudah jadi budaya semulajadi. Sekarang majoriti umat ibarat binatang ternak yang cukup makan dan pakai (gaji) tidak kisah dengan nasib saudara sendiri. Sekarang dan setiap hari kita berdoa agar Rabbul I'zzati merahmat...

Ramadhan..ku harapkan pertemuan sekali lagi

Amat sedih sekali bila bulan telah berganti datangnya Syawal membawa seri yang dinanti-nanti oleh semua muslim bagi merayakannya. Namun jauh di sudut hati Ramadhan telah berlalu pergi dengan harapan ia telah memberi 1001 kebaikan dan mampu membersihkan hati ini. Seuluh malam terakhirnya telah dilalui dengan penantian Malam Al-Qadar yang memberi ganjaran ibadat seperti seribu bulan. Semoga Allah memberikan ganjarannya atas apa yang telah dilakukan. Ramadhan sebagai madrasah pengukuhan iman dan tingkat ketakwaan dalam menghadapi gelombang ujian yang mendatang.

Asal kalimah Tasbih, Tahmid dan Takbir

Segala puji bagi Allah tuhan yang layak disembah, tiada tuhan yang lain kecuali dia. Segala kebesaran, kekuasaan dan kemegahan hanyalah milikNya yang mempunyai asma' ul husna. Dialah yang menjadikan kita wujud dari tiada dan menikmati dunia yang hanya sementara. Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W telah mendengar satu kisah dari Jibril A.S. tentang satu peristiwa ketika Allah S.W.T. memerintahkan satu Malaikat untuk mengukur berapakah luasnya ArasyNya. Dengan dikurniakan sepasang sayap yang panjang dan besar (jika dikepakkan boleh menutup seluruh bumi)bagi memudahkannya terbang laju untuk mencari penghujungnya. Lalu malaikat inipun terbang sejauh dan selama mungkin selagi tidak diperintahkan Allah berhenti. Setelah seratus tahun, seribu tahun, sepuluh ribu tahun dan empat puluh ribu tahun namun masih lagi tiada nampak akan dia penghujungnya. Lalu Allah S.W.T. telah menganugerahkan sepasang sayap lagi bagi menambah kelajuannya namun masih gagal untuk mencari penghujungnya. Setelah se...

Ramadhan..ku harapkan rahmat & maghfirah darimu.

'Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapatku laluinya dengan penuh makna" Setahun sudah pun berlalu, sekarang ia muncul kembali selagi kehidupan ini masih diberi dan selagi masa masih dalam genggaman. Setelah berlalunya Syaaban yang punya keberkatannya yang tersendiri, kini Ramadhan kembali dengan 1001 kelebihan buat umat Rasulullah SAW tercinta. Bertuahnya kita masih diberi kesempatan untuk membuktikan kehambaan kepada yang Maha Pencipta. Bulan yang pada satu malamnya penuh dengan keberkatan bagi hamba2nya yang ingin meraih janji tuhan. Bermacam dugaan dan cabaran akan ditempuhi walaupun tanpa campur tangan Syaitan. Kini yang tinggal hanya nafsu di badan yang cuba menggoyahkan iman setelah beberapa lama dipandu atau dicemari nasihat Syaitan. Lemahnya sebagai seorang insan yang selalu dikalahkan oleh tuntutan2 kehidupan sehingga terabainya beberapa peluang keemasan untuk menyucikan jiwa terutama ibadah Solat Tarawikhnya. Sudah enam hari Ramadhan berlalu nam...

Menjadikan dunia ini syurga atau dunia untuk syurga

"Ya Allah ya tuhanku, ampunkanlah aku dan jadikanku orang yang berbahgia di dunia dan di akhirat" Ungkapan doa ini sering kita titipkan selepas solat bagi meminta ampun dan mengharapkan kebahgiaan mahupun di dunia dan diakhirat. Begitulah untungnya orang-orang yang beriman yang percaya dengan adanya kehidupan setelah mati. Satu hari 'Yaumiddin' yang hanya berguna kepada hamba-hamba yang mempercayai agamanya dengan satu sesi pembalasan melaui hitungan amalan baik dan jahat. Kita sebagai manusia akan sentiasa lalai dengan dunia, jika kita sebagai muslim kita akan mempercayai dunia ini sementara dan jika kita sebagai mukmin kita akan membuat persediaan dengan sesungguhnya untuk menemui penciptanya. Hanya orang-orang mukmin sahaja yang akan berjaya dan terselamat daripada pembalasannya. Jika kita hanya seorang muslim, kita masih lagi tidak terlepas dengan pembalasannya atas usaha kita yang tidak seberapa bagi mengekang atau mendapatkan darjat kemuliaan sebagai seorang h...

Tauhid dan Istiqamah

Bukan senang sebenarnya untuk membuktikan ketauhidan kita kepada Allah S.W.T. sehinggakan turunya satu peristiwa dalam hadis tentang Islam,Iman dan Ihsan. Tatkala Jibrail datang kepada  rasulullah lalu duduk sehiggakan lututnya bertemu dengan lutut baginda bertanyakan soalan tentang apa itu Iman, Islam dan Ihsan. Ketauhidan sebenarnya adalah pembuktian zahir dan batin serta kepercayaan yang tiada sedikitpun keraguan tentang kepercayaan kepada Allah dan tidak menyamakannya sedikitpun dengan apa saja yang kita fikirkan. Sukar sebenarnya untuk kita lari dari perasaan membayangkan dia dan merasa gerun kepadanya setiap detik kerana dunia selalu melalaikan kita dengan segala urusannya. Oleh sebab demikian para ulama dahulu menyediakan kepada kita ilmu sifat 20 (sifat2 wajib dan sifat2 mustahil) bagi Allah walaupun ada segelintirnya menganggap ia bukan ajaran Rasulullah S.A.W. namun ia adalah kesinambungan darinya melalui para ulama muktabar yang sentiasa berpegang kepada janji2nya. Kit...