Menjadikan dunia ini syurga atau dunia untuk syurga

"Ya Allah ya tuhanku, ampunkanlah aku dan jadikanku orang yang berbahgia di dunia dan di akhirat"

Ungkapan doa ini sering kita titipkan selepas solat bagi meminta ampun dan mengharapkan kebahgiaan mahupun di dunia dan diakhirat. Begitulah untungnya orang-orang yang beriman yang percaya dengan adanya kehidupan setelah mati. Satu hari 'Yaumiddin' yang hanya berguna kepada hamba-hamba yang mempercayai agamanya dengan satu sesi pembalasan melaui hitungan amalan baik dan jahat.

Kita sebagai manusia akan sentiasa lalai dengan dunia, jika kita sebagai muslim kita akan mempercayai dunia ini sementara dan jika kita sebagai mukmin kita akan membuat persediaan dengan sesungguhnya untuk menemui penciptanya. Hanya orang-orang mukmin sahaja yang akan berjaya dan terselamat daripada pembalasannya. Jika kita hanya seorang muslim, kita masih lagi tidak terlepas dengan pembalasannya atas usaha kita yang tidak seberapa bagi mengekang atau mendapatkan darjat kemuliaan sebagai seorang hamba walaupun akidah kita hanya beriman kepadanya. Setiap seksaan kaakn dibalas atas kejahatan yang dikakukan oleh kita walaupun ia sekecil biji sawi atau sebesar zarrah sekalipun.

Melihat kepada dunia hari ini, manusia sesungguhnya berlumba untuk mencapai atau mengecap nikmat didunia sehingga tidak berbatas. Bagi orang-orang mukmin, dunia adalah ibarat penjara keranan disini kita mempunyai batas atau peraturan yang harus diikuti mengikut contoh teladan yang disempuranakan oleh Rasul SAW yang dicintai. Jalan para sahabatnya yang dikagumi, para tabi'in yang terus menerus menyambung legasi kehidupan yang dirahmati tuhan. Mereka ini telah banyak memberi contoh kepada kita bagaimana kehidupan seorang hamba dalam memegang janji penciptanya serta bagaimana menggunakan dunia bagi mencapai maksud kehidupan abadi di syurga.

Dewasa ini kita semakin leka dengan dunia akibat dari mengikut nafsu membabi buta. Bermewah didunia seolah-olah usia kita mampu menjangkau ribuan tahun namun seratus tahunpun tidak samapai secara puratanya dijemput ajal dalam lingkungan separuh abad sahaja. Seringkali kita akan melihat nyawa tidak boleh dikawal manusia walaupun sihat tetapi tidak akan menjaminkan kita untuk lari dari sakratul maut. Kehidupan kita terlalu inginkan kemewahan jika diberi kemampuan. Lihat sahaja orang yang berharta akan membina megah istana dengan koleksi aksesori yang bernilai jutaan namun sedikitpun tidak dapat membantunya di akhirat kelak. Kita masih lagi lalai dan terpengaruh dengan nafsu. Islam tidak melarang pengikutnya bermewah dengan dunia namun ada batasnya. terutamanya bagi bersaing dan mengembangkan syiarnya termasuk penggunaan teknologi melalui amalan dari ilmu yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia. Kita disarankan menderma (infak) dan berzakat bagi menyucikan jiwa kita agar tidak terlalu terpengaruh dengan dunia disamping dapat mengelakkan kita menjadi fakir di akhirat kelak.

Apabila kita menjadikan dunia ini syurga dengan segala kemewahan yang ada bagi memenuhi tuntutan nafsu kelak kakan menjadikan dunia ini hanyalah sebagai penyebab bagi kita dicampakkan ke dalam neraka. Jika kita pandai menggunakan dunia bagi membina kekayaan kita di syurga kelak, maka kitalah sebenarnya golongan orang-orang yang beruntung. Cukuplah hidup ini sekadar memenuhi tuntutan jiwa agar terus selesa melaksanakan maalan dan beribadata kepada Allah semata-mata.










Comments

Popular posts from this blog

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah