Posts

Showing posts from 2014

Mintalah...Mohonlah namun pemberian adalah hakNYA.

Image
Kata Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, “Kalau kamu wahai orang-orang yang miskin dan orang-orang yang lapar, kalau kamu tahu apa yang Allah swt sediakan bagi kamu di akhirat, kamu lebih suka berada dalam keadaan miskin dan lapar. Masalahnya tak tahu. Mengapa baginda Rasulullah SAW beritahu begini? Agar manusia, bila menghadapi masalah, tidak melihat masalah sebagai masalah. Nabi tidak mengajarkan kepada kita bilamana menghadapi kemusykilan atau apa jenis ‘problem’, tidak melihat kepada ‘problem’ itu sahaja, lihatlah kebaikan di sebalik masalah yang anda hadapi. Kalau yang kita nak cari itu besar, pengorbanan yang kita lakukan itu kita anggap kecil. Orang yang nak pancing ikan besar kasi ikan kecil. Umpannya itu untuk dapat yang lebih besar. Anda, bilamana menghadapi masalah, yang disimpan oleh Allah di sebalik masalah yang anda hadapi kalau anda bersabar, anda akan mengharapkan kalau boleh biar bermasalah saja dalam hidup, sebab yang disimpannya lebih besar. Imam Ali b

Tarbiah Ramadhan Berbaki Empat Hari Lagi

Ramadhan Al Mubarak semakin meninggalkan kita dimana kehadirannya disambut dan dirasai dengan pelbagai rasa tertakluk kepada sejauh mana bersihnya jiwa kita. Allah swt menetapkan dengan takdirnya serta memberi peluang kepada seluruh hambanya yang beriman untuk bersungguh-sungguh mengharapkan keampunanNYA dengan amalan-amalan yang membawa kepada meraih kerahmatanNYA. Sejauh mana ketakwaan kita kepadaNYA kerana diberi peluang dalam bulan ini tanpa gangguan syaitan(yang direjam) dalam mengekang hawa nafsu sendiri dalam menggandakan amalan-amalan yang wajib dan sunat. Nafsu itu sendiri dikekang dengan kurangnya isi(makanan) perut bagi mengurangkan keaktifannya. Sesunggunya rahmat Allah itu bermula dengan Ramadhan yang meberi 1001 tawaran, peluang serta keberkatan bagi kita membersihkan jiwa dan mengawal nafsu untuk bersdia menempuh kehidupan yang mendatang. Tuhan Azzawajalla amat mengasihani dan mencintai hamba-hambanya dan memastikan kita sentiasa mengingati tujuan penciptaanNYA.

Andai mahu hidup tenang...

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Allah subhanahu wata'ala berjanji ada 4 empat perkara jikalau kita buat akan dapat 4 perkara iaitu: 1. Syukur ditambah nikmat. لَئِن شَكَرتُم لَأَزِيدَنَّكُم Ertinya: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu. [Surah Ibrahim: 7] 2. Zikir ingat Allah swt akan dibalas kebaikan. فاذكُرُونِيٓ أَذكُركُم Ertinya: Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan. [Surah al-Baqarah: 152] 3. Berdoa insyaAllah dikabulkan. Jika tidak di dunia Allah swt simpan untuk akhirat. ٱدعُونِيٓ أَستَجِب لَكُم Ertinya: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. [Surah Ghafir: 60] 4. Istighfar tidak akan diseksa. وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُم وَهُم يَستَغفِرُونَ Ertinya: Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang merek

andai mahu hidup tenang - 47

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم "Hidup ini adalah penghijrahan. Kita berhijrah dari tiada ke rahim ibu, kemudian ke alam dunia, dan apabila mati kita ke alam barzakh, dan kemudian datang hari kiamat kita akan dibangkitkan dan menjalani proses dihisab amalan, dan menunggu sama ada neraka atau syurga destinasi kita" Kehidupan kita di alam sana, bukan nya sekejap. Lama. Malah, tersangat lama. Sama ada kekal bahagia atau kekal derita, tiadalah sama langsung dengan kehidupan di dunia. Bahagia dan derita di dunia hanya sementara, namun andai di akhirat sana, kekal selama-lamanya. Pernah terfikir tak apa nasib kita di sana? Adakah kita menanti dengan penuh peluh resah? Allahu Rabbi. Sanggup kita bermalasan lagi di dunia, padahal kita tahu dunia hanya lah persinggahan dan ianya persinggahan yang sangat sekejap. Di sini lah kita kumpul amal untuk bekalan nanti. Tapi kita ma

Ilham dan mimpi bukan hujah atau sandaran sesuatu hukum.

Saya tertarik membaca kenyataan seseorang –tidak pasti sama ada sarkastik ataupun jujur – yang menyatakan sesiapa yang pergi menziarah kubur Rasulullah SAW di Madinah sekarang, baginda tiada di sana. Baginda sibuk hadir dalam majlis-majlis anjuran ustaz-ustaz di Malaysia. Saya tidak pasti kenapa dia berkata begitu. Namun apa yang saya pasti saya mendengar banyak pihak dengan mudahnya kebelakangan ini mendakwa Nabi SAW yang mulia itu hadir dalam majlis ini dan itu anjuran mereka. Ada yang mendakwa Nabi SAW mengiringinya ke meja kuliahnya. Ada yang mendakwa dia nampak Nabi SAW sedangkan orang lain tidak nampak. Dunia facebook pun meriah dengan cerita-cerita ini. Ada yang cuba membuktikan kebenaran aliran yang dibawanya, ataupun tarekatnya, ataupun kelebihan majlisnya dengan kehadiran Nabi SAW yang hanya dapat dilihat oleh beberapa orang tertentu sahaja. Hal yang sama pernah didakwa oleh Ashaari al-Arqam dahulu. Bahkan beliau cuba membuktikan kebenarannya itu dengan pelba

Kalimah ALLAH, Lemahnya sebuah akidah

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mer eka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa? (Yunus 10:31) Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran? (Yunus 10:32) (Sebagaimana benarnya ketuhanan itu bagi Allah sahaja)

Ketenangan itu INDAH, Rahmat itu HIDAYAH, Hidup mendapat BERKAH

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Muhammad bin Abdullah al-Abid berkata: "Siapa yang meninggalkan penglihatan yang tidak perlu, ia mendapat taufiq untuk khusyu' dan siapa meninggalkan sombong diberi taufiq untuk bertawadhuk dan siapa yang meninggalkan bicara yang tidak penting maka ia mendapat hikmat dan siapa yang meninggalkan makanan yang berlebihan maka diberi taufiq untuk merasakan lazatnya ibadat, dan siapa yang meninggalkan senda gurau (yang berlebihan) diberi wibawa dan keindahan, dan siapa yang meninggalkan tertawa (yang berlebihan) maka ia berwibawa dan hebat, dan siapa yang tidak menginginkan kekayaan (merasa kecukupan) orang maka dicinta, dan siapa yang tidak menyelidiki hal orang maka ia diberi taufiq untuk menyelidiki kesalahan diri sendiri, dan siapa yang meninggalkan ragu terhadap sifat-sifat Allah subhanahu wa Ta'ala maka selamat dari nifaq (sifat munafi