Mintalah...Mohonlah namun pemberian adalah hakNYA.



Kata Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, “Kalau kamu wahai orang-orang yang miskin dan orang-orang yang lapar, kalau kamu tahu apa yang Allah swt sediakan bagi kamu di akhirat, kamu lebih suka berada dalam keadaan miskin dan lapar. Masalahnya tak tahu. Mengapa baginda Rasulullah SAW beritahu begini? Agar manusia, bila menghadapi masalah, tidak melihat masalah sebagai masalah. Nabi tidak mengajarkan kepada kita bilamana menghadapi kemusykilan atau apa jenis ‘problem’, tidak melihat kepada ‘problem’ itu sahaja, lihatlah kebaikan di sebalik masalah yang anda hadapi.

Kalau yang kita nak cari itu besar, pengorbanan yang kita lakukan itu kita anggap kecil. Orang yang nak pancing ikan besar kasi ikan kecil. Umpannya itu untuk dapat yang lebih besar. Anda, bilamana menghadapi masalah, yang disimpan oleh Allah di sebalik masalah yang anda hadapi kalau anda bersabar, anda akan mengharapkan kalau boleh biar bermasalah saja dalam hidup, sebab yang disimpannya lebih besar.

Imam Ali bin Ahmad bin Hussein Al-Habsyi mengatakan, “Kalau permintaan yang kamu minta pada Allah itu tak kunjung tiba, maka hendaklah kamu merasa selesa, kerana yang disimpan oleh Allah itu adalah perkara yang baik. Dengan kamu tak diberi apa yang kamu minta, Allah simpan segala rahsia yang terbesar yang Allah nak bagi kepada kamu. Biasakan kamu dengan selesa tidak diberi.

Kenapa kita boleh selesa dengan tidak diberi? Sebab yang disimpan dengan kita selesa tidak diberi itu lebih baik daripada apa yang kita dapat jika kita diberi. Dengan pemberian Allah Ta'ala, yang disimpan adalah lebih baik. Orang yang bijak akan mengharapkan ganjaran yang lebih besar berbanding pemberian yang kecil.

Sifat redha ialah sifat orang yang kembali kepada Allah Ta'ala. Kalau dalam hati ada berbisik kepada kita, “Aku dah buat qiyammullail, aku dah buat doa selamat, aku dah buat infak pada anak yatim, aku dah bina masjid, aku dah.. aku dah..”. Apabila kita mula bersangka buruk kepada Allah swt, kerana telah banyak beramal, namun apa yang kita pinta masih belum kita dapat, maka Bangkitlah daripada kelalaian kita sendiri dan tetaplah kita berdiri di pintu harapan dan jadikan pintu harapan adalah tempat kita sentiasa berhadap kepada Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya