Kalimah ALLAH, Lemahnya sebuah akidah

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?
(Yunus 10:31)

Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?
(Yunus 10:32)

(Sebagaimana benarnya ketuhanan itu bagi Allah sahaja) demikianlah benarnya kalimah ketetapan hukum Tuhanmu, terhadap orang-orang yang fasik kerana bahawasanya mereka tidak beriman.
(Yunus 10:33)

Bertanyalah (kepada mereka wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang mula menciptakan sesuatu kejadian kemudian ia mengembalikan adanya semula (pada hari kiamat)? "Katakanlah: Allah jualah yang mula menciptakan sekalian makhluk kemudian Ia mengembalikan adanya semula (untuk menerima balasan); oleh itu, mengapa kamu rela dipalingkan (kepada menyembah yang lain)?"
(Yunus 10:34)

Inilah diantara hujah-hujah dari firman Allah swt tentang keagungan dan sifat-sifatnya serta sikap yang sentiasa ditunjukkan oleh manusia yang menderhaka (musyrik) dan ingkar (kafir) terhadapNYA.

Jika kita berlapang dada dan tidak terlalu ekstrim atau melampaui batas tentang tindak balas orang-orang bukan Islam biarpun apa strategi mereka untuk mengembangkan dakyah mereka.

Kita jika punya kekuatan akidah yang kuat dan kukuh boleh sahaja melemahkan strategi mereka ini dengan mempromosikan Allah swt yang sebenarnya kepada manusia agar mereka dapat melihat kebatilan itu milik golongan mana.

Mereka mahu mengelirukan generasi muda atau yang rapuh imannya terutama bagi masyarakat yang kurang kemampuan dalam memahami siapa Allah dan berkongsi akidah dengan mereka akhirnya kita mengaku persamaan kefahaman dengan mereka.

Tapi sebenarnya pendakwah kita perlu melakukan perubahan dengan mempromosikan akidah dan sifat-sifat Allah swt itu sendiri dengan lebih berkesan sehingga Allah dalam anggapan mereka adalah palsu dan sangkaan belaka kerana Allah swt itu mempunyai sifat-sifat yang jauh lebih agung daripada yang mereka percaya.

"Tetapi mengapa mereka (orang kafir) mengatakan: "Dia Muhammad mengada-adakannya". Sebenarnya Al-Quran itu adalah kebenaran dari Rabbmu, agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang belum datang kepada mereka orang yang memberi peringatan sebelum kamu; mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Tidak ada bagi kamu selain dari pada-Nya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"
      

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya