Kecelaruan fahaman memesongkan akidah

Dewasa ini zaman telah berubah dari segi pembangunan juga cara pemikiran manusia terutamanya Umat Islam sama ada terpengaruh dengan pencemaran ideologi yang berbagai jenis selari dengan kecelaruan media dan lontaran pandangan daripada sarjana barat terhadap Dunia Islam.

Dunia moden hari ini lebih mementingkan kehendak duniawi sehingga menjadi budaya semua manusia yang lahir mempunyai impian hidup untuk kaya dan bermewahan kehidupan di dunia dengan hiburan semata-mata. Maka tidak hairanlah kebanyakannya berfikir untuk seronok dan berhibur sahaja dengan kehidupan ini tanpa memikirkan ada batasan yang dikawal oleh agama.

Akhirnya wujudlah satu golongan yang berusaha untuk menjadikan agama sebagai punca dan batu penghalang bagi kebebasan manusia dalam menjalani kehidupan di dunia. Mereka menganggap agama adalah rekaan sesetengah bangsa atau puak untuk menyekat dan memundurkan manusia.

Disinilah terciptanya pelbagai ideologi dan jenis pemikiran yang cuba untuk memodenkan atau melonggarkan agama mengikut kehendak dan acuan nafsu mereka semata-mata. Muncullah pelbagai falsafah atau ajaran yang terpesong dari ajaran sebenar sehingga lama kelamaan ajaran sebenar akan dianggap tidak benar pula. Benarlah pesan Rasulullah SAW supaya kita sebagai umatnya perlu berpegang kepada dua perkara asas dengan kuat iaitu Al-Quran dan As-Sunnahnya.

Dengan kemunculan pelbagai fahaman dan ajaran yang sesat lagi menyesatkan kerana ingin menyesuiaikan dengan kehendak zaman kononnya tetapi secara tidak sedar ia telah menyimpang dari ajaran sebenar yang dibawa oleh Rasulullah SAW melalui perintah tuhan yang sebenarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya