Tarbiah Ramadhan Berbaki Empat Hari Lagi

Ramadhan Al Mubarak semakin meninggalkan kita dimana kehadirannya disambut dan dirasai dengan pelbagai rasa tertakluk kepada sejauh mana bersihnya jiwa kita. Allah swt menetapkan dengan takdirnya serta memberi peluang kepada seluruh hambanya yang beriman untuk bersungguh-sungguh mengharapkan keampunanNYA dengan amalan-amalan yang membawa kepada meraih kerahmatanNYA.

Sejauh mana ketakwaan kita kepadaNYA kerana diberi peluang dalam bulan ini tanpa gangguan syaitan(yang direjam) dalam mengekang hawa nafsu sendiri dalam menggandakan amalan-amalan yang wajib dan sunat. Nafsu itu sendiri dikekang dengan kurangnya isi(makanan) perut bagi mengurangkan keaktifannya.

Sesunggunya rahmat Allah itu bermula dengan Ramadhan yang meberi 1001 tawaran, peluang serta keberkatan bagi kita membersihkan jiwa dan mengawal nafsu untuk bersdia menempuh kehidupan yang mendatang. Tuhan Azzawajalla amat mengasihani dan mencintai hamba-hambanya dan memastikan kita sentiasa mengingati tujuan penciptaanNYA.

Semoga dengan Ramadhan yang berbaki ini dapatlah kita memandu diri, rohani dan jasmani dengan lebih gigih, kuat dan konsisten dalam mengejar apa yang menjadi tawaran dan ganjaran oleh Allah swt. Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah dan selawat dan salam kepada junjungan besar (Nabi Muhammad saw dan Nabi Ibrahim as Rasul Allah beserta ahli keluarganya. Segala puji dan kebesaran yang Maha Tinggi hanyalah untuknya.


Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya