Andai mahu hidup tenang...

بسم الله الرحمن الرحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


Allah subhanahu wata'ala berjanji ada 4 empat perkara jikalau kita buat akan dapat 4 perkara iaitu:

1. Syukur ditambah nikmat.

لَئِن شَكَرتُم لَأَزِيدَنَّكُم

Ertinya: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu. [Surah Ibrahim: 7]

2. Zikir ingat Allah swt akan dibalas kebaikan.

فاذكُرُونِيٓ أَذكُركُم

Ertinya: Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan. [Surah al-Baqarah: 152]

3. Berdoa insyaAllah dikabulkan. Jika tidak di dunia Allah swt simpan untuk akhirat.

ٱدعُونِيٓ أَستَجِب لَكُم

Ertinya: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. [Surah Ghafir: 60]

4. Istighfar tidak akan diseksa.

وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُم وَهُم يَستَغفِرُونَ

Ertinya: Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun). [Surah al-Anfal: 33]

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya