Posts

Showing posts from February, 2013

Andai mahu hidup tenang - 30

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Kita manusia adalah makhluk yang sering terlupa, sering tidak sedar akan tujuan hidup kita di dunia. Namun, kerana Allah swt itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hambaNya, walaupun kita sering terlupa, leka dan lalai, keampunan dan kemaafan dari Allah swt sentiasa terbuka kepada hambaNya. Namun, kita perlulah merendah diri dan memohon ampun dan maaf kepada Allah swt, kerana Allah swt suka kepada hambaNya yang selalu meminta-minta, merintih kepadaNya.  Dan Allah swt tidak suka kepada hambaNya yang berlagak sombong, dan merasa semua kerja yang dia buat, adalah hasil dari titik peluhnya sendiri. Padahal semua perbuatan, semua tindakan kita adalah dengan izin Allah swt jua.  Dan kita sebagi hambaNya yang sangat lemah, sangat bergantung harap setiap detik kepada Allah swt. Apakah kita terlupa pada masa kita baru dilahirkan, kita sebagi bayi, tid

SOLAT---PELIHARALAH

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Allah swt mengurniakan nikmat solat kepada kita, kerana solat itu sahaja merupakan suatu ibadah yang sangat lengkap dengan segala kebaikan. Jika seseorang hanya melihat solat sekadar suatu ibadah fardu, sudah pasti mereka akan solat tanpa mahu berusaha bersungguh-sungguh dalam memperbaiki ilmu solat. Namun hakikatnya, solat adalah suatu doa, solat adalah kurniaan pakej kesihatan daripada Allah swt dan solat adalah suatu keadaan di mana kita dapat berhubung terus dengan tuhan yang menciptakan kita. Yang mana kita telah diciptakan dengan sebaik-sebaik ciptaan. Dengan itu tidak ada apa-apa alasan lagi bagi kita dalam melaksanakan ibadah solat. Solat yang khusyuk sangat dituntut kerana itulah lambang kehambaan yang tertinggi bagi seseorang ketika solat. Dan kena lebih banyak menimba ilmu berkaitan dengan solat. Umpama untuk mendapatkan geran paten, perl

andai mahu hidup tenang - cinta rindu Rasulullah s.a.w

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم MasyaAllah, Tabarakallah.. Rasulullah صلى الله عليه وسلم   sangat-sangat merindui kita, umat baginda, yang berada di akhir zaman ini. Walaupun belum pernah berjumpa, tetapi Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan keimanan yang utuh telah melakarkan rasa rindu dan ingin bertemu dengan kita. Subhanallah..! Bayangkan, di kala kita diarahkan tugasan di luar negara, saat berpisah sebelum berangkat pergi pasti akan menimbulkan rasa sedih kepada ahli keluarga kita. Kenapa..? Kerana adanya rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi dalam hati kita terhadap ahli keluarga itu. Kita pula ditugaskan selama berbulan lamanya. Sudah pasti saat tibanya kita di negara tersebut, sudah mula rasa kerinduan yang amat sangat kepada keluarga kita. Dan sudah pasti saat yang kita tunggu, adalah saat bila kita pulang kembali ke tanah air. Kita bayangkan keluarga kita sedang menu

andai mahu hidup tenang - cinta rindu Rasulullah s.aw

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Dari syair seorang ulama, air hujan umpama ilmu, tanah pula umpama akhlak seseorang. Walaupun air hujan itu suci bersih, namun jikalau tanah itu tidak subur, pasti tidak akan menumbuhkan pokok di atas tanah tersebut. Walaupun kita menuntut ilmu yang tinggi, namun andaikata kita tidak mempunyai akhlak yang baik, ilmu itu tidak dapat memberi manfaat kepada kita mahupun kepada orang lain. Rasulullah صلى الله عليه وسلم   bersabda, “Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya . Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, ses