Posts

Showing posts from 2013

andai mahu hidup tenang - 41

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihiwasallam ”Manakah amal yang lebih utama?” Baginda menjawab,:”Solat pada waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari) Huraian Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza p...

Andai mahu hidup tenang - 36

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Al-Quran dikurniakan kepada kita umat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam sebagai petunjuk dan panduan kepada kita dalam mengharungi kehidupan di dunia dengan beribadah, merintih dan berdoa sebagai hamba Allah swt dan dengan berkhidmat menyumbang tenaga, masa, idea dan segala nikmat yang Allah swt kurniakan kepada kita sebagai khalifah Allah swt untuk memakmurkan dunia ini. Sentiasalah dekati Al-Quran walau dimana, walau pada ketika mana kita berada, kerana Al-Quran dapat memberikan kita suatu kehidupan yang terbaik yang dapat kita alami dunia ini mahupun di akhirat kelak. Dan jangan ada keraguan terhadap Al-Quran. Mari perhatikan ayat Allah swt di bawah: Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran...

Ramadhan Bulan Pembersihan

"Wahai orang-orang beriman, berpuasalah kamu sebagaimana kaum-kaum dahulukala diperintahkan berpuasa, mudah-mudahan kamu akan bertakwa" ini lah firmah Allah swt yang selalu kita dengar dibaca oleh para alim ulama apabila bulan ramadhan kembali menjelma. Alangkah gembiranya bila kita masih diberi nyawa dan kesempatan untuk berada didalamnya. Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia adalah bukti bagi kita menunjukkan ketaatan kepada perintahNYA. Ini kerana ibadat ini boleh sahaja kita ingkarinya tanpa pengetahuan sesiapa. Oleh kerana itu Allah swt telah berfirman "kerana ia adalah perintahku, biarlah aku sendiri yang membalasnya", inilah janji Allah swt kepada seluruh orang yang beriman melalui RasulNYA Muhammad saw. Segala puji baginya yang penuh dengan rahmat dan inayah kepada hamba-hambanya. Menurut wahyu, umat-umat zaman dahulu berpuasa 3 hari sebulan iaitu lebih kurang 36 hari setahun mengikut tanda apabila bulan penuh. Puasa nabi-nabi ada y...

Andai mahu hidup tenang - 30

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Kita manusia adalah makhluk yang sering terlupa, sering tidak sedar akan tujuan hidup kita di dunia. Namun, kerana Allah swt itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hambaNya, walaupun kita sering terlupa, leka dan lalai, keampunan dan kemaafan dari Allah swt sentiasa terbuka kepada hambaNya. Namun, kita perlulah merendah diri dan memohon ampun dan maaf kepada Allah swt, kerana Allah swt suka kepada hambaNya yang selalu meminta-minta, merintih kepadaNya.  Dan Allah swt tidak suka kepada hambaNya yang berlagak sombong, dan merasa semua kerja yang dia buat, adalah hasil dari titik peluhnya sendiri. Padahal semua perbuatan, semua tindakan kita adalah dengan izin Allah swt jua.  Dan kita sebagi hambaNya yang sangat lemah, sangat bergantung harap setiap detik kepada Allah swt. Apakah kita terlupa pada masa kita baru dilahirkan, kita sebagi ...

SOLAT---PELIHARALAH

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Allah swt mengurniakan nikmat solat kepada kita, kerana solat itu sahaja merupakan suatu ibadah yang sangat lengkap dengan segala kebaikan. Jika seseorang hanya melihat solat sekadar suatu ibadah fardu, sudah pasti mereka akan solat tanpa mahu berusaha bersungguh-sungguh dalam memperbaiki ilmu solat. Namun hakikatnya, solat adalah suatu doa, solat adalah kurniaan pakej kesihatan daripada Allah swt dan solat adalah suatu keadaan di mana kita dapat berhubung terus dengan tuhan yang menciptakan kita. Yang mana kita telah diciptakan dengan sebaik-sebaik ciptaan. Dengan itu tidak ada apa-apa alasan lagi bagi kita dalam melaksanakan ibadah solat. Solat yang khusyuk sangat dituntut kerana itulah lambang kehambaan yang tertinggi bagi seseorang ketika solat. Dan kena lebih banyak menimba ilmu berkaitan dengan solat. Umpama untuk mendapatkan geran paten, perl...