andai mahu hidup tenang - 41


بسم الله الرحمن الرحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihiwasallam ”Manakah amal yang lebih utama?” Baginda menjawab,:”Solat pada waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari)

Huraian

Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T.
Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya.
Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya.
Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah.
Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan.
Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk (neraka).


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/06/3-amalan-yang-berkat.html#ixzz2hP2uTVWw
   
Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah sallallahu 'alaihiwasallam bertanya kepadaku, sambil menepuk pahaku: Apa yang engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yang suka melalaikan solat dari waktunya? Jawabku:”Apa perintah tuan untuk saya?“ Sabda baginda, solatlah pada waktunya (sekalipun sendirian). Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjamaah dan engkau masih berada dalam masjid, maka solatlah pula (bersama mereka).”

Huraian

Solat bukan perkara yang remeh di dalam agama. Bahkan ia menduduki tempat teratas dalam penilaian ketaatan manusia sehinggakan di padang Mahsyar kelak setiap amalan manusia didahului kiraannya daripada solat itu sendiri.
Jika baik dan sempurna ia dikerjakan maka semua amalan berikutnya akan baik. Hal ini kerana fungsi solat itu adalah untuk mencegah manusia daripada melakukan kajahatan dan kemungkaran. Begitulah sebaliknya.
Oleh itu janganlah kita merasa berat untuk melakukan solat kerana perasaan itu membuka peluang kepada syaitan untuk melalaikan kita dengan mendedahkan kita kepada perkara-perkara yang menarik nafsu seperti duduk-duduk berkumpul dan berbual-bual sehingga terleka atau terlalu asyik membeli belah sehingga terlupa akan solat.
Adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengerjakan solat itu pada awal waktu meskipun secara sendirian daripada terlewat mengerjakannya kerana sebab-sebab yang sebenarnya boleh dielakkan. Bahkan dalam hadith di atas Rasulullah sallallahu 'alaihiwasallam menggalakkan kita merebut pahala solat berjamaah sekalipun kita telah selesai mengerjakan solat (sendirian) demi menekankan akan kepentingan menyegerakan solat dan keutamaan berjamaah.   
 

Biasanya, kita yang berkerja makan gaji ni, setiap bulan gaji kita akan masuk akaun mengikut ketetapan yang sama, dalam akhir bulan.
Bayangkan kalau tiba-tiba gaji kita lambat masuk dari yang biasa. Mesti terasa duit yang ada semakin kurang dan kita mesti terasa sangat perlu kepada gaji tersebut.
Lebih-lebih lagi kalau kita ada hutang bulanan seperti hutang rumah, hutang kereta, hutang kredit kad dan bayaran-bayaran yang perlu kita lunaskan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Bila kita periksa kenapa gaji lambat masuk, ianya kerana kita sengaja bertangguh, buat perkara peribadi selain kerja dan melambat-lambatkan kerja yang patut kita buat.
Setiap tugas yang kita tangguhkan, gaji pun masuk lambat. Bayangkan sistem begini dilaksanakan di pejabat kita, sudah pasti kita akan melakukan tugasan dengan cepat dan cermat dan tidak bertangguh.

Begitulah juga halnya sama dengan tugas kita sebagai hamba Allah swt, beribadah melakukan suruhanNya, dan menjauhkan tegahanNya. Sebab kita ni sebagai manusia, dah tersangat banyak nikmat yang tidak terhitung yang Allah swt telah kurniakan kepada kita, tapi kita sengaja leka dengan nikmat tersebut dan kurang bersungguh dengan perkara-perkara kebaikan.
Bila kita tahu setiap ibadah yang Allah swt perintahkan tu sangat bernilai kepada kita, sudah pasti kita akan bersegera menunaikannya. Sebagaimana juga seperti seorang pelumba lari yang pertama sekali mencecah garisan penamat, dia pasti ditabalkan sebagai pemenang, begitu juga kita kena sedar diri yang kita kena sangat sentiasa berlumba-lumba untuk membuat kebaikan/ibadah, lebih-lebih lagi ibadah wajib yang Allah swt telah perintahkan. Dan orang yang sentiasa bersegera untuk membuat kebaikan juga adalah ciri-ciri orang yang beriman, dan hati mereka takut gentar memikirkan yang mereka akan kembali untuk berjumpa dengan Allah swt seperti dinyatakan dalam surah Al-Mukminun ayat 61.
Maka, seiring dengan saranan, suruhan, perintah Allah swt, , "fastabiqul khoirot, yang bermaksud
"...maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan..."~Surah Al-Baqarah 2:148~
"...maka berlumba-lumbalah berbuat kebaikan..."~Surah Al-Maidah 5:48~
marilah bersegera dalam membuat segala kebaikan, hatta perkara kecil seperti tutup lampu bilik mesyuarat yang tidak digunakan, susun pinggan cawan yang kita telah gunakan supaya caterer cepat kemas, senyum kepada kawan-kawan dan yang sebagainya. Dan lebih-lebih lagi marilah bersegera dalam beribadah, bukan beribadah kerana nak cepat-cepat siap, tapi lakukan dengan rasa syukur, rasa kehambaan dan ikhlas semata-mata kerana Allah swt yang telah mengurniakan kita nikmat yang sangat banyak.
Bukankah baginda Nabi sallallahu 'alaihiwasallam yang kita cintai sampai bengkak-bengkak kaki baginda dek kerana terlalu khusyuk bersolat padahal baginda pasti masuk syurga..?
Ini adalah kerana baginda sallallahu 'alaihiwasallam adalah hamba Allah swt yang paling bersyukur dan tahu hakikat nikmat yang Allah swt kurniakan kepada hamba-hambaNya.
Oleh yang demikian, marilah bersegera dalam membuat segala kebaikan, sementara kita masih diberi peluang bernafas dengan segala nikmat yang lain di muka bumi Allah swt ini.

والله أعلمُ بالـصـواب


Comments

Popular posts from this blog

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah