Ramadhan Bulan Pembersihan
"Wahai orang-orang beriman, berpuasalah kamu sebagaimana kaum-kaum dahulukala diperintahkan berpuasa, mudah-mudahan kamu akan bertakwa" ini lah firmah Allah swt yang selalu kita dengar dibaca oleh para alim ulama apabila bulan ramadhan kembali menjelma. Alangkah gembiranya bila kita masih diberi nyawa dan kesempatan untuk berada didalamnya.
Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia adalah bukti bagi kita menunjukkan ketaatan kepada perintahNYA. Ini kerana ibadat ini boleh sahaja kita ingkarinya tanpa pengetahuan sesiapa. Oleh kerana itu Allah swt telah berfirman "kerana ia adalah perintahku, biarlah aku sendiri yang membalasnya", inilah janji Allah swt kepada seluruh orang yang beriman melalui RasulNYA Muhammad saw. Segala puji baginya yang penuh dengan rahmat dan inayah kepada hamba-hambanya.
Menurut wahyu, umat-umat zaman dahulu berpuasa 3 hari sebulan iaitu lebih kurang 36 hari setahun mengikut tanda apabila bulan penuh. Puasa nabi-nabi ada yang berselang sehari setiap tahun, ia bukan semata-mata menahan lapar dan dahaga tetapi dengan beserta ibadat kepada Allah dengan sering bertaubat kepadanya. Jika kita lihat umat nabi Muhammad saw juga berpuasa 36 hari setahun iaitu sebulan dan 6 hari selepas syawal dan selebihnya setiap Isnin dan Khamis sebagai tambahan amalannya.
Menahan diri dari lapar dan dahaga adalah baik dari segi kesihatan kerana ia merupakan satu fasa pembersihan sistem penghadaman. Apatah lagi ia adalah perintah dari tuhan yang maha pencipta lagi maha bijaksana. Saintis dan para doktor tidak dapat menafikan kehebatan ibadat puasa apatah lagi ia turut menjadi kaedah bagi sesiapa yang ingin menjalani pembedahan. Semuanya adalah rahmat dari tuhan yang sememangnya mengetahui makhluk ciptaannya.
Kelebihan bulan ramadhan yang paling dinantikan oleh semua orang Islam yang beriman ialah kelebihan ganjaran pahala apabila beribadat didalamnya. Terdapat pula satu malam yang pahalanya yang berlipar ganda sehingga seribu bulan selain pahala wajib bagi amalan sunat serta 70 kali ganda bagi ibadat wajib. Ini kerana umat nabi Muhammad umurnya tidaklah sepanjang umat-umat terdahulu dan ibadat ini jugalah menyebabkan semua lapisan masyarakat tidak kira darjat dan pangkat bersama-sama merasai keperitan dan kesusahan apabila tidak boleh makan, minum serta perkara-perkara yang merugikan.
Semoga dengan kehadiran ramadhan kali ini dapat menambahkan lagi takwa kita kepada Allah, diampunkan segala dosa kita serta yang lebih penting dibebaskan dari seksaan api neraka dengan hidup abadi di dalam syurga.

Comments
Post a Comment