Andai mahu hidup tenang - 36


بسم الله الرحمن الرحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


Al-Quran dikurniakan kepada kita umat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam sebagai petunjuk dan panduan kepada kita dalam mengharungi kehidupan di dunia dengan beribadah, merintih dan berdoa sebagai hamba Allah swt dan dengan berkhidmat menyumbang tenaga, masa, idea dan segala nikmat yang Allah swt kurniakan kepada kita sebagai khalifah Allah swt untuk memakmurkan dunia ini.
Sentiasalah dekati Al-Quran walau dimana, walau pada ketika mana kita berada, kerana Al-Quran dapat memberikan kita suatu kehidupan yang terbaik yang dapat kita alami dunia ini mahupun di akhirat kelak.
Dan jangan ada keraguan terhadap Al-Quran. Mari perhatikan ayat Allah swt di bawah:

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,

Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.


(Surah Asy-Syuura, ayat 52-53)

Semoga kita semua sentiasa dalam limpahan rahmat Allah swt dan keberkatanNya. Ameen.

والله أعلمُ بالـصـواب

Comments

Popular posts from this blog

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah