Posts

LGBT

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ.   Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.” Begitu juga hadith,   عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ وَقَالَ: أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُم.   Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.” Begitu juga hadith,   عن أبي هريرة رضي الله عته قال: لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبِسُ لِبْسَةَ المَرْأَةِ، وَال...

DUNIA

Dunia adalah pekakas bagi perjalanan ke akhirat ia adalah pentas 1001 babak yang pasti diadili  dan tanpa dunia kita tidak kenal siapa Sang Pencipta dan wujudnya dunia kerana kasih akan  makhluknya dengan tawaran ganjaran bahgia syurga atau seksanya neraka dengan tujuan  beramal ibadat kerana kasih dan patuhnya kita bersifat hamba. Selagi kita rasa kehadiranNYA dan masih sedar kita hanyalah makhluk bernyawa yang dipinjam segala nikmat dariNYA serta penyakit wahan itu tidak menjangkiti kita dengan kroniknya pasti DIA tidak putuskan tali taufik hidayahNYA dengan banyaknya doa serta taubat setiap masa InshaAllah, hablu minannasi hablu minallah. Bimbang itu bagus untuk muhasabah dan terapi hati dan berhati-hati dengan perangkap sifat munafik kerana kita bukan umat yang terbaik dizaman yang semakin ‘terbalik’ kerana syaitan jua selalu ‘upgrade’ menyelit agar jalan yang lurus mejadi berbelit hanya diri sendiri tahu dan menjadi saksi dihari kemudian n...

Kehebatan dan Kemuliaan Bulan Ramadhan

Bulan yang terbaik dan penghulu segala bulan telah berlalu tujuh hari yang lalu dengan seribu satu kisah serta kehebatannya terbukti dengan kelakuan serta amal perbuatan oleh semua Penganut Islam selain daripada memeliki satu hari didalamnya yang dikhabarkan lebih baik dari seribu bulan. Namun selama ini pewaris agama ini seperti tidak mengenal atau terlupa diri dan tanggungjawab sebagai makhluk yang sememangnya diperlukan untuk beribadah kepadaNYA setelah diciptakan kita dan diberi peluang dengan merasai kehidupan di bumi ini. Bermula pada malam 1 Ramadhan maka berpusu-pusulah para penganutnya mengunjungi masjid-masjid dan memenuhinya untuk bersama-sama bersolat tarawikh walalupun sebelumnya mereka jarang-jarang datang kemasjid atau hanya seminggu sekali pada hari jumaat mengunjunginya. Inilah bermulanya kehebatan Ramadhan yang membuktikan ianya sememangnya bulan yang penuh kemuliaan dan kerahmatan. Begitu pula hari-hari yang mendatang para penganut agama suci ini akan sedaya...

Tuhan Tidak Pernah Melupakan Kita

Dulu kita belum pernah wujud dan kita tak pernah ingat pun apa-apa ingatan semasa di alam roh sebelum lahirnya kita. Sebab kita wujud juga kerana kasihnya kepada kita maka dibenarkan kita hidup dan lahir hidup di dunia. Kita dicipta untuk menyaksikan kejadian alam ini dan segala ciptaanNya serta kebesaranNya dengan beramal dan beribadat kepadaNya melalui zikir lidah perbuatan dan sebutan kita. Allah swt itu amat dekat dengan kita lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Nikmat dunia ini adalah tanda kebesaran Allah swt yang diberikan kepada kita dan kita mendapat nikmat tersebut atas rahmat dan kasihNya. Dihidupkan kita dengan jasad selain roh yang membuatkan kita bernyawa kerana dengan jasadlah kesemua indera kita berfungsi dan merasai nikmat-nikmat tersebut. Bagaimana Dia (Allah swt) mencampakkan kecintaanNya itu kepada Ibu-bapa dan orang sekeliling untuk kita membesar dari seorang bayi yang tidak punya apa-apa. Dia tidak pernah membiarkan kita keseorangan pasti takdir ...

12 Jenis Doa Iftitah

Doa Iftitah adalah salah satu doa sunnah muakkad, yaitu doa yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah. Selama ini kita mengenal doa iftitah yang dibaca hanya 1 doa atau 2 doa saja. Taukah kita oleh Nabi صلى الله عليه وسلم diajarkan bermacam-macam doa Iftitah. Dalam doa-doa iftitah yang diajarkan Nabi صلى الله عليه وسلم mengucapkan pujian, sanjungan, dan kalimat-kalimat keagungan untuk Allah Azza wa Jalla. Beliau pernah memerintahkan dan menegaskan hal ini kepada orang yang shalatnya salah dengan sabdanya: لَا تَتِمُ صَلَاةٌ لِأَحَدٍ مِنَ النَّاسِ حَتَّى يُكَبِّرَ وَيَـحْمَدَ اللهَ جَلَّ وَ عَزَّ وَيُثْنِيَ عَلَيْهِ، وَيَقْرَأَ بِـمَا تَيَسَّرَ مِنَ الْـقُرْآنِ... " Tidak sempurna shalat seseorang sebelum ia bertakbir, memuji Allah 'azza wa jalla, menyanjung-Nya, dan membaca ayat-ayat Al-Qur'an yang dihafalnya ....[1] Berikut ini doa Iftitah yang Beliau baca dalam shalat yang terkadang membaca do'a iftitah ini atau itu atau yang lain, menurut riwayat yang shahih ada ...

APAKAH ITU ISLAM DAN ADAKAH KITA ISLAM?

"Agama yang diredhai oleh Allah adalah Islam", "Tidah diciptakan Manusia dan Jin itu adalah semata-mata beribadah kepadaKU". Islam adalah agama yang bersih berbanding agama lain kerana tiada unsur penyembahan sesama makhluk. Islam mengajar penganutnya hanya menumpukan Allah adalah segalanya dan semua punca kuasa yang ada pada kita dan sekelian alam adalah dari kekuasaan Allah swt. Setiap manusia yang hidup didunia ini pasti telah bersaksi semasa di alam roh bahawa Allah itu adalah pencipta kita. Kalimah syahadah adalah bukti penyaksian kita terhadap Allah dan sejauh mana kita mengenal akan dia dan pengabdian kita kepadaNYA. Kasih DIA dan CINTANYA menjadikan kita makhluknya sebagai manusia dengan akal supaya dapat berfikir dan petunjuk (iman) kepada sesiapa jua yang dipilihNYA agar mendapat hidayah dalam mengenalNYA. Adakah kita cukup mengenal Allah? "Awalluddin Makrifatullah" itulah yang perlu diingati dan difahami kerana pada satu masa kita akan kemb...

Bersabar dan memuji Allah swt.

فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ (Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. -Surah Ghafir, Ayah 55   Kuliah Zohor hari ini telah dipimpin oleh Ustaz Khairullah yang mengajar berkenaan tafsir surah Ghafir ayat 55. Antara pengajaran serta intipati: 1. Dalam kita berbuat kebaikan, pasti ada ujian serta sedikit halangan. Maka hadapilah halangan dan ujian tersebut dengan baik. Allah telah menyatakan bahawa, mereka yang terdahulu juga menerima ujian yang sama, dan mereka bersabar. Mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. 2. Orang beriman ini hanya mengharapkan janji Allah sahaja. Dan sesungguhnya janji Allah itu adalah sesusatu yang ghaib (tidak nampa...