Kehebatan dan Kemuliaan Bulan Ramadhan
Bulan yang terbaik dan penghulu segala bulan telah berlalu tujuh hari yang lalu dengan seribu satu kisah serta kehebatannya terbukti dengan kelakuan serta amal perbuatan oleh semua Penganut Islam selain daripada memeliki satu hari didalamnya yang dikhabarkan lebih baik dari seribu bulan.
Namun selama ini pewaris agama ini seperti tidak mengenal atau terlupa diri dan tanggungjawab sebagai makhluk yang sememangnya diperlukan untuk beribadah kepadaNYA setelah diciptakan kita dan diberi peluang dengan merasai kehidupan di bumi ini. Bermula pada malam 1 Ramadhan maka berpusu-pusulah para penganutnya mengunjungi masjid-masjid dan memenuhinya untuk bersama-sama bersolat tarawikh walalupun sebelumnya mereka jarang-jarang datang kemasjid atau hanya seminggu sekali pada hari jumaat mengunjunginya. Inilah bermulanya kehebatan Ramadhan yang membuktikan ianya sememangnya bulan yang penuh kemuliaan dan kerahmatan.
Begitu pula hari-hari yang mendatang para penganut agama suci ini akan sedaya upaya menahan lapar dan dahaga dari bermulanya waktu Subuh sehingga berbuka puasa apabila memasuki waktu Maghrib. Ini dapat dilihat dengan golongan-golongan yang tidak pernah atau mematuhi perintah Solat pada lima waktu sehari semalampun akan cuba untuk tidak makan dan minum (berpuasa) pada siangnya kerana begitu menghormati bulan ini yang juga dikenali sebagai 'Bulan Puasa'. Inilah kemulian dan kehebatan Ramadhan yang telah diturunkan Al-Quran pada malam Israk wal Mikraj ini.
Suasana pada bulan ini juga akan dirasai oleh bukan Islam dengan melihat bagaimana semua orang Islam sanggup berlapar dahaga pada siang harinya serta berpusu-pusu ke masjid pada malam harinya. Mereka juga turut serta memeriahkan bazar Ramadhan pada sebelah petangnya dengan membeli juadah yang kadangkala hanya dijual pada bulan ini sahaja dan ada juga dikalangan mereka menganggap pesta makanan sekali setahun ini telahpun bermula. Kehebatan dan kemuliaan bulan ini bagaikan sama-sama dirasa oleh mereka yang bukan seagama namun turut serta memeriahkannya. Inilah antara bukti kemuliaan dan kehebatan bulan ini selain bulan-bulan yang lain dalam setahun.
Suasana perayaan akan bermula setelah memasuki separuh bulan dengan persiapan bagi semua penganut dalam merayakan kedatangan Syawal. Pada masa inilah Ramadhan mula dilupakan sedikit demi sedikit kerana yang tinggal hanya mereka yang benar-benar memahami apa tujuan Ramadhan ini dijadikan bulan keampunan kerana pada bulan inilah Ahli Barzakh tahu akan kedatangannya dengan ditutup pintu neraka dan dibua pintu syurga oleh Allah SWT dalam memberi segala ibadah dengan pahala yang berlipat kali ganda. Namun hanya beberapa golongan sahaja yang benar-benar memahami kerana selepas berakhirnya Ramadhan maka amalan, perbuatan serta gaya hidup kebanyakan pengikutnya menjadi seperti sediakala dan masjid-masjid kembali tidak semeriah dahulu kerana seolah-olah Tuhan itu hanya ada pada bulan tu sahaja.
Comments
Post a Comment