Tuhan Tidak Pernah Melupakan Kita

Dulu kita belum pernah wujud dan kita tak pernah ingat pun apa-apa ingatan semasa di alam roh sebelum lahirnya kita. Sebab kita wujud juga kerana kasihnya kepada kita maka dibenarkan kita hidup dan lahir hidup di dunia.

Kita dicipta untuk menyaksikan kejadian alam ini dan segala ciptaanNya serta kebesaranNya dengan beramal dan beribadat kepadaNya melalui zikir lidah perbuatan dan sebutan kita. Allah swt itu amat dekat dengan kita lebih dekat dari urat leher kita sendiri.

Nikmat dunia ini adalah tanda kebesaran Allah swt yang diberikan kepada kita dan kita mendapat nikmat tersebut atas rahmat dan kasihNya. Dihidupkan kita dengan jasad selain roh yang membuatkan kita bernyawa kerana dengan jasadlah kesemua indera kita berfungsi dan merasai nikmat-nikmat tersebut.

Bagaimana Dia (Allah swt) mencampakkan kecintaanNya itu kepada Ibu-bapa dan orang sekeliling untuk kita membesar dari seorang bayi yang tidak punya apa-apa. Dia tidak pernah membiarkan kita keseorangan pasti takdir hidup kita dipenuhi orang sekeliling malahan ketika kita tidur sekalipun diberinya mimpi mengisi kekosongan tidur.

Bukti paling besar kasih sayang Allah swt adalah kewujudan alam ini yang menjadikan tempat kita hidup dengan penuh kenikmatan. Nikmat pendengaran, penglihatan, rasa dan segala deria yang kita dapat untuk kita sedar bahawasanya kebesaran dan kasih sayangnya kepada kita. Apabila kita lapar maka kita akan kenal rasa kenyang, begitulah jika kita bersedih maka kita kenal perasaan gembira dan segalanya adalah dari rahmatNya.

Sentiasa Allah swt mengulangi penciptaannya dalam kejadian langit dan bumi, bulan dan matahari serta malam dan siang. Dengan wujudnya segala ciptaan itu adalah bukti besar kecintaan Dia terhadap kita sebagai sebaik-baik kejadian yang akan menerbitkan segala punca nikmat atas rahmat dan rahimNya. Kita hanyalah roh yang dikandung jasad mempunyai rasa lapar dan kemahuan yang bernafsu untuk mebuat atau melakukan sesuatu atas ilham berlaku itu atau ini sama ada buruk atau baik kerana akal kitalah yang menentukannya kerana akal itu hidayah yang diberikan kepada setiap manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya