Posts

5 Hari raya sebenar

Imam Anas bin Malik r.a berkata: "Seorang mukmin itu memiliki 5 hari raya, iaitu: 1.     Setiap hari yang dilalui oleh seorang mukmin sementara ia tercatat tidak berdosa pada hari tersebut, maka itu adalah hari raya baginya. 2.     Hari ketika seorang mukmin wafat meninggalkan dunia dengan membawa iman, maka itu adalah hari raya baginya . 3.     Hari ketika seorang mukmin melewati jambatan sirat dan selamat dari huru hara hari kiamat, maka itu adalah hari raya baginya. 4.     Hari ketika seseorang mukmin memasuki surga, maka itu adalah hari raya baginya. 5.     Hari ketika seorang mukmin melihat Tuhannya, maka itu adalah hari raya baginya. Dan kebahagiaan sebenar itu adalah kebahagiaan yang mendatangkan kebahagiaan di akhirat.

5 Hari raya sebenar

Imam Anas bin Malik r.a berkata: "Seorang mukmin itu memiliki 5 hari raya, iaitu: 1.     Setiap hari yang dilalui oleh seorang mukmin sementara ia tercatat tidak berdosa pada hari tersebut, maka itu adalah hari raya baginya. 2.     Hari ketika seorang mukmin wafat meninggalkan dunia dengan membawa iman, maka itu adalah hari raya baginya . 3.     Hari ketika seorang mukmin melewati jambatan sirat dan selamat dari huru hara hari kiamat, maka itu adalah hari raya baginya. 4.     Hari ketika seseorang mukmin memasuki surga, maka itu adalah hari raya baginya. 5.     Hari ketika seorang mukmin melihat Tuhannya, maka itu adalah hari raya baginya. Dan kebahagiaan sebenar itu adalah kebahagiaan yang mendatangkan kebahagiaan di akhirat.

Bahayanya penyebar berita palsu (fitnah)

Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering mendengar berita yang tidak jelas asal-usulnya. Kadang kadang isu kecil di perbesarkan dalam berita yang di edarkan atau sebaliknya. Kadang kadang berita itu berkait dengan kehormatan seseorang muslim. Bagaimanakah sikap kita terhadap berita yang belum tahu kebenarannya dan bersumber dari orang yang belum kita ketahui kejujurannya? Dalam naskah berikut ini, penulis menjelaskan kepada kita, bagaimana seharusnya sikap seorang muslim terhadap berita-berita yang belum jelas kebenarannya itu. Allah berfirman, maksudnya:- “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6]. Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran...

Hidup beragama kemanisan sebagai hamba dan indahnya takwa

'Sekolah Ramadhan' datang lagi tanda usia dan tahun telah bertambah atas jalan-jalan kehidupan sebagai seorang manusia, hamba Allah Azzawajalla menjadi pengikut setia Rasul SAW junjunganNYA yang memberi contoh dan teladan melalui agamaNYA. Setiap kali menjelangnya Ramadhan Kareem, perasaan yang menanti amat syahdu sekali kerana memikirkan apakah tahap darjat yang diperolehi disisi Ilahi. Dunia sebagai pentas dan medan ujian yang mempunyai pelbagai jalan yang harus dilalui sebelum berhenti bagi menghadap Ilahi.  Diri yang dikawal akal dan hati (nafsu) selalu terumbang-ambing, berbolak balik dalam setiap perbuatan atas sifat kealpaan dan dorongan syaitan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan anugerah untuk hamba bagi mbermuhasabah diri, memperbaiki dan sebagai bengkel meneguhkan iman di hati bagi mengumpul momentum diri dalam menghadapi bulan-bulan yang mendatang. Alangkah sedihnya bila sudah separuh 'semester' ramadhan berlalu tanpa apa-apa semangat be...

Mintalah...Mohonlah namun pemberian adalah hakNYA.

Image
Kata Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, “Kalau kamu wahai orang-orang yang miskin dan orang-orang yang lapar, kalau kamu tahu apa yang Allah swt sediakan bagi kamu di akhirat, kamu lebih suka berada dalam keadaan miskin dan lapar. Masalahnya tak tahu. Mengapa baginda Rasulullah SAW beritahu begini? Agar manusia, bila menghadapi masalah, tidak melihat masalah sebagai masalah. Nabi tidak mengajarkan kepada kita bilamana menghadapi kemusykilan atau apa jenis ‘problem’, tidak melihat kepada ‘problem’ itu sahaja, lihatlah kebaikan di sebalik masalah yang anda hadapi. Kalau yang kita nak cari itu besar, pengorbanan yang kita lakukan itu kita anggap kecil. Orang yang nak pancing ikan besar kasi ikan kecil. Umpannya itu untuk dapat yang lebih besar. Anda, bilamana menghadapi masalah, yang disimpan oleh Allah di sebalik masalah yang anda hadapi kalau anda bersabar, anda akan mengharapkan kalau boleh biar bermasalah saja dalam hidup, sebab yang disimpannya lebih besar. Imam Ali b...

Tarbiah Ramadhan Berbaki Empat Hari Lagi

Ramadhan Al Mubarak semakin meninggalkan kita dimana kehadirannya disambut dan dirasai dengan pelbagai rasa tertakluk kepada sejauh mana bersihnya jiwa kita. Allah swt menetapkan dengan takdirnya serta memberi peluang kepada seluruh hambanya yang beriman untuk bersungguh-sungguh mengharapkan keampunanNYA dengan amalan-amalan yang membawa kepada meraih kerahmatanNYA. Sejauh mana ketakwaan kita kepadaNYA kerana diberi peluang dalam bulan ini tanpa gangguan syaitan(yang direjam) dalam mengekang hawa nafsu sendiri dalam menggandakan amalan-amalan yang wajib dan sunat. Nafsu itu sendiri dikekang dengan kurangnya isi(makanan) perut bagi mengurangkan keaktifannya. Sesunggunya rahmat Allah itu bermula dengan Ramadhan yang meberi 1001 tawaran, peluang serta keberkatan bagi kita membersihkan jiwa dan mengawal nafsu untuk bersdia menempuh kehidupan yang mendatang. Tuhan Azzawajalla amat mengasihani dan mencintai hamba-hambanya dan memastikan kita sentiasa mengingati tujuan penciptaanNYA....

Andai mahu hidup tenang...

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Allah subhanahu wata'ala berjanji ada 4 empat perkara jikalau kita buat akan dapat 4 perkara iaitu: 1. Syukur ditambah nikmat. لَئِن شَكَرتُم لَأَزِيدَنَّكُم Ertinya: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu. [Surah Ibrahim: 7] 2. Zikir ingat Allah swt akan dibalas kebaikan. فاذكُرُونِيٓ أَذكُركُم Ertinya: Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan. [Surah al-Baqarah: 152] 3. Berdoa insyaAllah dikabulkan. Jika tidak di dunia Allah swt simpan untuk akhirat. ٱدعُونِيٓ أَستَجِب لَكُم Ertinya: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. [Surah Ghafir: 60] 4. Istighfar tidak akan diseksa. وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُم وَهُم يَستَغفِرُونَ Ertinya: Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang merek...