Hidup beragama kemanisan sebagai hamba dan indahnya takwa

'Sekolah Ramadhan' datang lagi tanda usia dan tahun telah bertambah atas jalan-jalan kehidupan sebagai seorang manusia, hamba Allah Azzawajalla menjadi pengikut setia Rasul SAW junjunganNYA yang memberi contoh dan teladan melalui agamaNYA.

Setiap kali menjelangnya Ramadhan Kareem, perasaan yang menanti amat syahdu sekali kerana memikirkan apakah tahap darjat yang diperolehi disisi Ilahi. Dunia sebagai pentas dan medan ujian yang mempunyai pelbagai jalan yang harus dilalui sebelum berhenti bagi menghadap Ilahi. 

Diri yang dikawal akal dan hati (nafsu) selalu terumbang-ambing, berbolak balik dalam setiap perbuatan atas sifat kealpaan dan dorongan syaitan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan anugerah untuk hamba bagi mbermuhasabah diri, memperbaiki dan sebagai bengkel meneguhkan iman di hati bagi mengumpul momentum diri dalam menghadapi bulan-bulan yang mendatang.

Alangkah sedihnya bila sudah separuh 'semester' ramadhan berlalu tanpa apa-apa semangat beribadat yang jitu selain berlapar dahaga pada siangnya. Harapan kali ini agar keampunan dan pembersihan segala macam penyakit hati dapat diraih dengan semaksimum mungkin. Ini kerana pada bulan inilah hati dapat dibersihkan dengan rahmat dan keberkatan tanpa gangguan syaitan yang menggoda sakan dan tinggal nafsu sahaja yang masih membisik kejahatan.

Syukurlah masih lagi diberi kesempatan untuk mendapatkan segala macam kelebihan terutama ganjaran yang berlipat kali ganda atas kepercayaan serta ketakwaan walaupun tidaklah tebal tembok keimanan ini. Bulan Ramadhan inilah kemanisan beragama itu dapat dirasakan dengan kemeriahan insan-insan saudara seagama lainnya yang menghirup amal seperti orang yang kehausan. Sebagai seorang hamba, aku perlu rasa kehambaan itu(takwa) dengan sedalam-dalamnya agar kemanisan beribadat dapat mengindahkan erti sebuah ketakwaan.

"Ya Allah, tuhan yang berkuasa atas segala sesuatu, tuhan yang menganugerahkan Ramadhan untuk umat Rasulullah SAW bagi mendapat ganjaran dan kelebihan, KAU jadikanlah aku sebagai salah seorang yang mendapat keampunanMU, rahmatMU (maghfirah) dan bebaskanlah aku dari api nerakaMU, jadikanlah aku hambaMU yang soleh dan termasuk orang-orang yang soleh(mukhlis) serta salawat dan salam atas junjungan kekasihMU yang mulia Nabiku, Rasulku Muhammad SAW dengan syafaatnya aku terselamat dari siksaanMU yang pedih dan dengan rahmatMU jua aku beroleh nikmat syurgaMU".

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya