Posts

Beransurnya Ramadhan tersingkapnya Syawal

Masa amat pantas berlalu sehingga kita tidak menyedari atau mengingati semua yang kita jalani berhari-hari sesudah hari berganti hari dan bulan-bulan berlalu pergi. Amat singkat masa yang dirasai dengan kesibukan hal-hal peribadi dan juga tugasan hakiki sebagai pekerja di sebuah agensi. Dengan tidak disedari Ramadhan yang berlalu pergi namun ibadat yang dipenuhi tidaklah seberapa namun syukur ke hadrat ilahi kerana hati ini masih mampu melakukan yang terbaik dari Ramadhan yang sebelumnya. Bila datangnya Syawal, suasana hari raya mula terasa walaupun dari sejak dulu tidak berapa suka cara ia dirayakan oleh masyarakat sebangsa. Pesta juadah ikut selera pada bulan puasa dan temasya makan-makan pula di kala raya. Lagu-lagu yang berkumandang di corong-corong radio walaupun ia 'radio islam' jauh lari dari ruh Aidilfitri yang sepatutnya dirai seperti di zaman Rasul tercinta. Mungkin budaya dan situasi berbeza kerana kelainan bangsa diantara 'Madinah' dan 'Malaysia'. L...

Jalan Syaitan Melulusi Dapat Anak Adam

Seorang Hakiem berkata; Ketika diperhatikan dari manakah syaitan dapat menembus pada anak Adam, mendadak terdapat sepuluh jalan. 1. Dari sifat rakus dan Su'udhdhan [jahat sangka], *Maka ana lawan dengan kepercayaan pada janji Allah dan Qanaah, dan untuk memperkuatkan perlawanan itu ana berpedoman pada kitab Allah dalam ayat yang bermaksud; "Tiada suatu pun melata di bumi ini melainkan dijamin oleh Allah rezekinya". Maka dengan itu ana patahkan ia. 2.  Dari panjang angan-angan, lamunan, *Maka ana hadapi dengan ingat pada datangnya maut dengan tiba-tiba bersendikan ayat Allah yang bermaksud; " Tiada satu jiwa pun yang mengetahui dimana ia akan mati". Maka dengan itu ana dapat mematahkan tipuannya. 3.  Dari keinginan istirahat dan nikmat, *Maka ana hadapi dengan mengingati hilangnya nikmat dan beratnya hisab, bersandarkan ayat Allah yang bermaksud; "Biarkan mereka makan dan bersuka-suka dan dilalaikan oleh angan-angan". dan ...

Kelebihan Istighfar

Ini cerita tentang "Istighfar" dari kehidupan Imam Ahmed bin Hanbal, yang dianggap sebagai ulama terkemuka Islam dan seorang ahli teologi yang terkenal. Imam Ahmed juga dianggap sebagai pengasas sekolah Hanbali fiqh (perundangan Islam) dan merupakan salah satu daripada ahli-ahli teologi Sunni yang paling terkenal, sering disebut sebagai "Sheikh ul-Islam" atau Imam "Ahl al-Sunnah. "   Pada usia tua, Imam Ahmed melakukan perjalanan dan berhenti disebuah bandar. Selepas solat, dia bermalam di pekarangan masjid kerana dia tidak mengenali sesiapa di bandar tersebut. Disebabkan sifat merendah diri, dia tidak memperkenalkan dirinya kepada sesiapa kerana dia akan dialu-alukan oleh ramai orang. Gagal untuk mengiktiraf Ahmed bin Hanbal, penjaga masjid enggan membenarkan beliau tinggal di masjid. Sebagai orang tua, penjaga yang terpaksa mengheret dia keluar dari masjid. Seorang pembuat roti dari tempat berhampiran berasa kasihan terhadap beliau (Imam Ahmed...

Islam memang berkebajikan

Bukan mudah untuk Islam ini cemerlang pada zaman yang dikatakan menuju pada penghujungnya. Jika kita membaca tentang hadis-hadis akhir zaman, tanda-tanda kecilnya telah terjadi dan berlaku seperti yang disabda junjungan mulia SAW. Ia telah bermula dalam keadaan asing dan akan kembali asing, maka bahagialah orang-orang yang terasing (dagang). Bila kita membaca catatan-catatan sejarah, selepas kejatuhan pemerintahan Khalifah Islam yang terakhir (Ottoman Empire) maka segalanya telah runtuh bukan dari segi fizikal berbentuk istana dan masjid mewah namun segala sistem pengurusan dan pentadbiran itu sendiri yang terhapus satu persatu. Sistem ini telah dianggap jumud, tidak ada inovasi dalam etika pemerintahan namun masih ada yang dipakai namun ditukar secara metodologi yang berbeza. Lihat dizaman kelemahan serta kejatuhan pemerintahan islam apabila ia telah berpecah seperti piring yang dulunya kukuh namun telah diretakkan satu persatu kemudian terbelah dan menuju kepada satu kehancuran. ...

CARA SYAITAN MENGGODA MANUSIA : Menghiasi kebatilan.

Kebatilan biasanya berupa dalam gambaran yang buruk lagi, menjijikkan. Oleh sebab itu syaitan sentiasa berusaha menutup keburukan itu supaya kelihatan indah dan menarik. قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39) Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Al Hijr: 39) Diantara contohnya: Menyanjung Nabi secara berlebihan dikatakan sebagai tanda cinta kepadanya, menambah amalan yang tidak warid (datanq) dari Nabi dikatakan akan lebih afdal ganjarannya, bertawassul dengan para wali yang telah wafat supaya doanya lekas makbul, meninggalkan amal ma'ruf nabi mungkar demi menjalin persaudaraan, dan lain-lain. Menamakan ma'siat denqan istilah yanq menarik : قَالَ يَاآدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْل...

Hubungan kita...

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Fussilat 41:31) Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.   Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata).  Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)". (Asy-Syuura 42:15) ...

Istiqomah yang paling berat...

Setiap kita sememangnya berdosa dan pintu taubat sentiasa terbuka namun adakah masa hak milik kita untuk menyempurnakan taubat yang tergendala? Ya Allah, kami sentiasa tertipu oleh nafsu dan makhluk derhaka yang licik menipu namun kami sentiasa meminta perlindunganmu agar setiap hela nafas dan gerak geri kami tidak menambahkan dosa dan kesalahan bertambah lagi. Setiap yang terjadi tetap dibawah takdirmu namun kami yang lalai dan terlupa akan perintahmu. Ada firmanMU berbunyi  " Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!" (Al-Jumu'ah 62:6)  Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut HAWANAFSU mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya.(Bukan sahaja Ka...