KEWUJUDAN DUNIA BUKTI KEWUJUDAN TUHAN

Dunia adalah pekakas bagi perjalanan ke akhirat ia adalah pentas 1001 babak yang pasti diadili dan tanpa dunia kita tidak kenal siapa Sang Pencipta dan wujudnya dunia kerana kasih akan makhluknya dengan tawaran ganjaran bahgia syurga atau seksanya neraka dengan tujuan beramal ibadat kerana kasih dan patuhnya kita bersifat hamba.

Selagi kita rasa kehadiranNYA dan masih sedar kita hanyalah makhluk bernyawa yang dipinjam segala nikmat dariNYA serta penyakit wahan itu tidak menjangkiti kita dengan kroniknya pasti DIA tidak putuskan tali taufik hidayahNYA dengan banyaknya doa serta taubat setiap masa InshaAllah, hablu minannasi hablu minallah.

Bimbang itu bagus untuk muhasabah dan terapi hati dan berhati-hati dengan perangkap sifat munafik kerana kita bukan umat yang terbaik dizaman yang semakin ‘terbalik’ kerana syaitan jua selalu ‘upgrade’ menyelit agar jalan yang lurus mejadi berbelit hanya diri sendiri tahu dan menjadi saksi dihari kemudian nanti usah peduli dengan kebanyakan manusia kerana zaman ini Nabi dan Rasul telah mati.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya