Posts

Showing posts from 2018

KITA TIADA PILIHAN KERANA SEMUANYA TELAH DIATURKAN

Siapalah kita tanpa kehendak (iradat) NYA, kita adalah makhluk yang terpilih untuk menjadi khalifah manusia. Kenapa kita wujud dan diberi nikmat hidup didunia dan peluang untuk ke syurga? Memetik kata-kata Ustaz Wan Hizam dalam kuliahnya, itu semua kerana Allah swt tu ingat kepada kita maka diwujudkan kita dimana kita belum wujud dan dikenali oleh sesiapapun. Cahaya Muhammad (Nur Muhammad) yang membuatkan makhluk bernama Adam a.s itu wujud dengan keturunannya menjadi khalifah dimuka bumi ini. Secara ringkasnya Nur Muhammad itu dijadikan oleh Allah swt sebagai permulaan penciptaan kepada semua makhluk-makhluknya kerana Allah swt itu zat yang Maha Berkehendak atas segala sesuatu daripadaNYA kita semua makhlukNYA datang dan kepadaNYA jualah semua mahlukNYA kembali. Namun begitu hadis daripada Attarmizi dan Ibnu Daud merawikan bahawa Rasulullah SAW bersabda," Makhluk yang mula-mula sekali dicipta ialah Al-Qalam, maka Allah swt berfirman, tulislah olehmu, Al-Qalam pun bergetar

SIFAT ALLAH SWT ARRAHMAN DAN ARRAHIM

Ketika mendengar kuliah Tafsir Surah Al-Ghafir (Al-Mukmin) pada baris ayat-ayat terakhir daripda surah tersebut Ustaz Khairullah Mamat telah menjelaskan tentang dua sifat  Allah SWT ini kepada para hambanya. Semua orang islam disarankan untuk membaca Bismillahirrahmanirrahim sebelum melakukan sesuatu perkara yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani". Umumnya semua orang tidak mengambil tahu akan dua sifat Allah yang tersebut dan maksudnya secara betul dan dibahaskan oleh para ulama muktabar. Sifat Ar-Rahman (Maha Pemurah) ini adalah antara sifat-sifat Allah SWT yang meliputi seluruh makhluknya yang telah diciptakan dan diberi peluang untuk hidup dari keadaan tiada kepada wujud untuk menkmati satu bentuk kehidupan dengan nikmat serta rezeki yang diaturkanNYA. Sifat Pemurah Allah SWT adalah amat berbeza sekali dengan sifat pemurah manusia. DIA akan memberikan segala nikmat serta rezki kepada semua makhluknya tanpa mengira amalan-amalan

DOA UMUM2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SELAMAT PAGI RABU 2 Rabiul Awal 1439 H 22 Nov 2017 M ُ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. Ya اَللّهُ :- Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU... Kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami..! Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.... Jauhka

DOA UMUM

AHAD 5 Rabiul Akhir 1439 H / 24 Dis 2017 M السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ. اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن Ya اَللّهُ...Ya Rahman Ya Rahim..Ya Maghfirah.. Ya Zaljala, li wal iqram. Kau Ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dan dosa anak-anak cucu, isteri/suami kami dan saudara mara serta sahabat sahabat sekelian umat islam kami. Ya اَللّهُ.. Ya Rahman... cucurilah rahmat kepada kami semua dan limpahi kami dengan hidayah dan petunjuk agar kehidupan kami hari ini Dan hari-hari yg mendtg dlm keadaan baik dan sentiasa mendpt perlindungan Mu. Ya اَللّهُ..Ya Salaam... bantulah kami dalam mengingatiMu, dan dalam mensyukuri setiap nikmat kurniaanMu, dan dalam

KEWUJUDAN DUNIA BUKTI KEWUJUDAN TUHAN

Dunia adalah pekakas bagi perjalanan ke akhirat ia adalah pentas 1001 babak yang pasti diadili dan tanpa dunia kita tidak kenal siapa Sang Pencipta dan wujudnya dunia kerana kasih akan makhluknya dengan tawaran ganjaran bahgia syurga atau seksanya neraka dengan tujuan beramal ibadat kerana kasih dan patuhnya kita bersifat hamba. Selagi kita rasa kehadiranNYA dan masih sedar kita hanyalah makhluk bernyawa yang dipinjam segala nikmat dariNYA serta penyakit wahan itu tidak menjangkiti kita dengan kroniknya pasti DIA tidak putuskan tali taufik hidayahNYA dengan banyaknya doa serta taubat setiap masa InshaAllah, hablu minannasi hablu minallah. Bimbang itu bagus untuk muhasabah dan terapi hati dan berhati-hati dengan perangkap sifat munafik kerana kita bukan umat yang terbaik dizaman yang semakin ‘terbalik’ kerana syaitan jua selalu ‘upgrade’ menyelit agar jalan yang lurus mejadi berbelit hanya diri sendiri tahu dan menjadi saksi dihari kemudian nanti usah peduli