Posts

Demi Sebuah Perjuangan...

Syeikh Dr Solah Abdul Fatah al-Khalidi menyebut hadis ini sebagai sahih, merujuk kepada tahqiq kitab di bawah. Mari memahami... “Ketahuilah, sesungguhnya roda Islam terus berpusing (berdepan penentangan musuh). Maka hendaklah kamu berpusing bersama al-kitab (al-Quran) di mana saja ia berpusing. Ketahuilah, sesungguhnya penguasa dan al-kitab akan berpisah. Maka janganlah kamu berpisah daripada al-kitab (al-Quran). Ketahuilah, suatu masa kamu akan diperintah oleh para penguasa yang jika kamu taati mereka, mereka akan sesatkan kamu. Jika kamu melawan mereka, mereka akan membunuh kamu. Sahabat bertanya: Ya Rasulallah, bagaimana harus kami lakukan saat itu? Baginda menjawab: Jadilah seperti mana pengikut-pengikut Nabi Isa alaihissalam. Mereka dipasung pada tiang-tiang dan dihiris dengan gergaji (tetapi mereka kekal beriman dan menolak taat pada penguasa). Mati di jalan Allah adalah lebih baik daripada hidup dalam maksiat kepada tuhan pencipta.” (Hadis Riwayat at-Tabarani) Ini se...

AURAT WANITA DARI AL QURAN DAN HADIS

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan berta...

Sekolah Ramadhan yang dicemari...

Sejak kehidupan ini meniti tahun demi tahun dalam mengharungi arus perubahan zaman dengan kepelbagaian cara kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran terutamanya dalam Bulan Ramadhan. Bulan yang ternukil namanya di dalam Al-Quran dengan kelebihan ganjaran pahala ibadat yang menyamai 1000 bulan itulah janji tuhan yang amat diharapkan. Ibadat puasa yang menjadi Rukun Islam menjadi agenda utama bagi Umat Islam memenuhi tuntutannya selain menggandakan ibadat2 sunat yang ditawarkan ganjaran sehebat ibadat fardhu. Bulan ini pada awalnya akan menjadikan institusi masjid penuh sesak dengan pelbagai aktiviti pada malamnya dengan 'main course' utama bersolat tarawih berjemaah beramai-ramai. Terdapat juga beberapa masjid yang menganjurkan tazkirah dan kuliah ilmu dalam menambahkan lagi objektif Ramadhan sebagai bulan yang penuh tarbiah setelah Syaitan di kekang untuk menghasut anak-anak Adam. Namun begitu, nafsu setiap insan yang selalu dirangsang dan dihasut sang syaitan selama 11...

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. " Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu." Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya." Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah" Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik." Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.. Ibli...

Ringkasan Kuliah Zohor

Tahun demi tahun, perkara ini selalu tertangguh sejak dari Surau MISC Dayabumi sehinggalah ke Surau Dataran Maybank. Kali ini dengan azam yang kuat cuba untuk mencoret apa sahaja ilmu yang telah didengar untuk menguatkan ingatan sendiri dalam siri-siri kuliah zohor yang dihadiri. Bermula dengan kuliah yang tercatat ringkasannya pada Nokia E63 ini. Waktu mustajab berdoa adalah ketika terbit fajar (sebelum subuh) dan membaca (Surah Yusuf Ayat 99-111) serta berselawat ke atas Nabi (SAW) sebanyak 80 kali selepas Solat Jumaat. Asnaf zakat : Fakir miskin, Amil, Muallaf, Hamba Mukataf (ada perjanjian (cagaran) untuk bebas), Pendamai bagi pentelagahan, Musafir, Sabiullah (orang yang menegakkan Islam). Ada 3 nama Ubay pada zaman Rasulullah (SAW) iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul (Ketua Munafik), Ubay bin Kallaf (Ketua orang tak bersolat) dan Ubay bin Kaab (Sahabat yang pertama dilantik menjadi imam solat). Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang baik (halal) yang telah direzkikan. Ad...

Apakah Pekerjaan Tuhanmu Sekarang? - Imam HANAFI

IMAM ABU HANIFAH Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan keTuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya. Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antar...

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya

Allah swt. adalah Zat yang Maha Merajai seluruh alam semesta. Dia mengatur segala sesuatu yang ada di dalam kerajaan-Nya dengan kebijaksanaan dan kehendak-Nya sendiri. Maka dari itu apa saja yang terjadi di alam semesta ini, semuanya berjalan sesuai dengan kehendak yang telah direncanakan sejak semula oleh Allah Taala dan juga mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam alam yang maujud ini. Allah Taala berfirman, “Segala sesuatu itu di sisi Allah adalah dengan ketentuan takdir.” (Q.S. Ar-Ra’d:8) Jadi Allah swt. itu tidak menanggung sesuatu kewajiban apa pun dan tidak pula mengaturnya itu karena mengikuti dorongan kemauan atau perintah siapa pun juga. Allah Taala berfirman, “Katakanlah! ‘Ya Allah Yang Maha Memiliki kerajaan! Engkau memberikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki, Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan merendahkan orang yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan-Mula...