Ringkasan Kuliah Zohor

Tahun demi tahun, perkara ini selalu tertangguh sejak dari Surau MISC Dayabumi sehinggalah ke Surau Dataran Maybank. Kali ini dengan azam yang kuat cuba untuk mencoret apa sahaja ilmu yang telah didengar untuk menguatkan ingatan sendiri dalam siri-siri kuliah zohor yang dihadiri. Bermula dengan kuliah yang tercatat ringkasannya pada Nokia E63 ini.

Waktu mustajab berdoa adalah ketika terbit fajar (sebelum subuh) dan membaca (Surah Yusuf Ayat 99-111) serta berselawat ke atas Nabi (SAW) sebanyak 80 kali selepas Solat Jumaat.

Asnaf zakat : Fakir miskin, Amil, Muallaf, Hamba Mukataf (ada perjanjian (cagaran) untuk bebas), Pendamai bagi pentelagahan, Musafir, Sabiullah (orang yang menegakkan Islam).

Ada 3 nama Ubay pada zaman Rasulullah (SAW) iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul (Ketua Munafik), Ubay bin Kallaf (Ketua orang tak bersolat) dan Ubay bin Kaab (Sahabat yang pertama dilantik menjadi imam solat).

Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang baik (halal) yang telah direzkikan. Ada seorang lelaki yang kusut masai menadah tangan dan berdoa adakah sama dengan orang yang bersih? Untuk kusyuk dan mustajab berdoa adalah dengan menjaga makan dan minum daripada sumber yang haram.

Hati adalah untuk mencintai Allah, sabar itu pahit yang hujungnya manis dan marah itu gila yang hujungnya sesal. Sekiranya kita mencintai Allah kita akan disayangi makhluknya.

Cara melepaskan diri dari syaitan (yang direjam) ialah selalu berada di masjid, Zikrullah dan Qiraatul Al-Quran. Sabda Rasulullah (SAW) akan ada golongan yang membaca Al-Quran hanya di kerongkongan bukan seperti yang kamu baca (para sahabat) yang solatnya adalah berbeza dengan kalian. Kata Huzaifah, tiada gunanya kalimah Lailahaillallah jika kita tidak memahami ibadat puasa.

Dalam Al-Quran disebut kewajipan berpuasa begitu juga dalam melaksanakan undang-undang jenayah Islam.

Malam yang masih berlaku pada masa kini dan berulang-ulang ialah malam al-qadar, nisfu syaaban, arafah, jumaat, malam raya dan yang tidakan berlaku lagi ialah seperti malam kelahiran Rasulullah (SAW) dan malam Israk Mikraj.

Wajib menyembah Allah dalam setiap perkara dan jadikan otak doa sebagai otak bagi ibadah serta wajib bertawakal. Dari Anas bin Malik r.a Rasulullah (SAW) bersabda " Setiap orang yang beriman akan merasai hari raya dalam lima perkara iaitu tidak melakukan dosa, mati dalam keadaan beriman (husnul Khotimah), berjaya melepasi titian sirat, masuk ke dalam syurga serta dapat menatap wajah Allah (SWT).

Taat kepada pemimpin dan perselisihan diantara umat terutamanya dalam perkara furu'iyah. Masyarakat Yahudi akan berpecah kepada 72 golongan, Nasrani kepada 60 golongan dan Islam berpecah kepada 73 golongan dan hanya satu golongan yang selamat iaitu yang berpegang kepada sunnah rasulullah dan amalan para sahabat baginda yang utama.

Tafsir Surah Al-Qasas (56) "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)". Hidayah adalah hak milik Allah (SWT).

Tafsir Suran An-nisa  (36) "Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh".Akidah yang batil yang keluar dari akidah ahli sunnah wal jamaah ialah memahami agama menggunakan akal dan falsafah seperti orang rumawi. Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi kaum yang kafir.

Cabang kesempurnaan iman ialah memperingkatkan iman bagi orang-orang yang beriman yang terdiri dari 60/70 cabang bermula dengan kalimah Lailahaillah sehinggalah membuang duri pada jalan/laluan orang. Kitab-kitab yang diturunkan ada 140 buah iaitu 100 daripadanya dalam bentuk suhuf (lembaran-lembaran).

Sempurna akidah, akhlak dan syariat Islam, kafir yang jahil adalah syirik yang paling besar. Jahil Murakap ialah buat tahu tapi tak mahu belajar, Jahil Basit ialah takut tidak tahu dan ingin belajar.

 







Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya