Perkongsian Hadis 16


Tanda Kebahagiaan Muslim

وعن نافع بن الحارث رضي اللّه عنه قال: قال رسول الله  صلى الله عليه وسلم : "مِن سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمُسْلِم: المَسْكَنُ الْوَاسِعُ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ".

Dari Nafi bin Abdul Harith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Diantara kebahagiaan seorang Muslim adalah memiliki tempat tinggal yang luas, tetangga yang baik, kenderaan yang menyenangkan (HR Musdad No: 2420) Status: Sahih dalam Silsilah Ahadits Ash-Shahihah (282)

Pengajaran:

Setiap orang ingin kehidupan yang bahagia dan sejahtera. Antara tanda kebahagiaan Muslim apabila ia memiliki:

1.  Tempat tinggal yang di dalamnya hati menjadi tenang dan lapang (rumahku syurgaku)

2.  Jiran yang baik, sentiasa mengingatkan dengan takwa,  tidak menyakitkan malah sentiasa bermanfaat kepada jiran yang lain.

3.  Kenderaan yang menyenangkan serta mensejahterakan (tidak membeban dan menyusahkan tuannya)
-------------------------------------------------------------------------------------

Lebihkan Kuah Ketika Memasak

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا طَبَخْتَ مَرَقَةً فَأَكْثِرْ مَاءَهَا وَتَعَاهَدْ جِيرَانَكَ

Dari Abu Dzar dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Abu Dzar, Apabila kamu memasak kuah sayur, maka perbanyaklah airnya, dan berikanlah sebahagiannya kepada tetanggamu." (HR Muslim No: 4758) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Jiran kita adalah tanggung jawab kita.

2.  Berusahalah menjaga hubungan ukhuwah bersama jiran tetangga.

3.  Satu cara mengikat hubungan ukhuwah sesama jiran adalah dengan cara melebihkan makanan yang dimasak  untuk diagihkan sedikit kepada jiran.

--------------------------------------------------------------------------------------

Mukmin Tidak Membiarkan Jiran Kelaparan

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ.

Dari Ibnu Abas dari Nabi SAW: Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan (HR at Tabrani No:  12579) Status: Sahih 

Pengajaran:

1.  Antara bukti keimanan seseorang adalah memiliki sifat prihatin terhadap kesusahan tetangga.

2.  Tidak beriman seseorang yang tidur dalam kekenyangan sedangkan ada jiran tetangga yang kelaparan.


3.  Jadilah kita orang yang sentiasa berusaha menyantuni dan berbuat baik pada jiran

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya