Beragama dengan ilmu atau ikutan turun-temurun semata-mata

Agama atau cara hidup bagi setiap manusia bergantung harap kepada satu kuasa lain adalah naluri semulajadi yang wujud dalam diri setiap diri kita. Sejak penciptaan manusia pertama sehinggalah sekarang manusia telah menganuti pelbagai agama dengan terwujudnya bermacam-macam jenis kepercayaan. Terdapat juga manusia yang cuba untuk tidak mahu beragama dan mempeecayai apa sahaja kuasa untuk mereka bergantung dan mereka menganggap manusia adalah bebas dan tidak terkongkong oleh apa jua agama atau kepercayaan.

Semua kepercayaan sama ada dari agama samawi atau agama wahyu dan sembahan para anisme sama ada berbilang tuhan atau satu tuhan memerlukan ilmu untuk menyempurnakan ajarannya. Jika sekadar mengikut sahaja jadilah ia hanyalah upacara atau ritual yang tidak bermakna kerana sekadar mengikut apa yang dilakukan oleh orang pandai atau ketua sesuatu ajaran. Setiap ajaran agama perlukan panduan, teologi dan juga tatacara yang diajar seterusnya perlu dipelajari oleh setiap pengikutnya supaya dapat memahami dan menjadikan ia sebahagian daripada cara hidup atau batasan kehidupan seharian.

Islam (agama tauhid) adalah agama wahyu yang diturunkan melalui utusan (rasul) yang menerima wahyu dari tuhan (Allah) untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia yang mahu mengikutnya. Para nabi-nabi pula ialah manusia yang mendapat ilham dan petunjuk namun hanya mengamalkan untuk diri mereka sahaja tanpa perlu menyeru kepada manusia lain. Mereka para nabi juga mendapat ilham ini sebagai ilmu untuk mempraktikan ajaran atau setiap amalan sebagai agama mereka. Para Rasul yang menyampaikan ajaran mereka bersandarkan wahyu yang diterima melalui lembaran-lembaran yang membentuk kitab suci serta ditunjukkan teladan dan contoh oleh mereka dalam setiap amalan menjadi ilmu yang berguna untuk memudahkan para pengikutnya. Setiap jawapan dan setiap persoalan yang ditanya oleh para pengikutnya menambahkan lagi kefahaman bagi setiap ajaran dalam mempermudahkan mereka mengikuti ajarannya.

Ketulinan ajaran hanya akan dapat dipastikan dengan tinggalan panduan yang terdapat dalam bentuk penulisan, hafalan dan peebuatan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi. Untuk memastikan setiap ilmu ajaran tersebut kekal dan tidak ditokok tambah maka mewujudkan kitab-kitab ilmu, kisah contoh dan teladan serta jawapan dari pertanyaan direkodkan agar kesahihannya terjamin sepanjang zaman. Disinilah pentingnya ilmu dan panduan yang penting untuk dipelajari oleh para pengikutnya dan bukan sekadar hanya ikut-ikutan tanpa mengetahui hujung pangkal setiap perbuatan atau amalan yang dilakukan. Oleh sebab itu di dalam Islam, ilmu pengetahuan dalam beragama adalah wajib jika tidak setiap malan yang dilakukan adalah sia-sia dan dikhuatiri tidak diterima tuhan. Menuntut ilmu adalah wajid dalam Islam bagi meneruskan kehidupan sama ada ia berupa ilmu keduniaan atau lebih lagi jika ia melibatkan cara peribadatan dalam mendapat ganjaran dati tuhan. Dewasa ini kita selalu menerima pendedahan atau menjadi bahan bualan oleh mereka yang dangkal ilmu dan kebanyakannya menjadi penganut ikut-ikutan dan agama itu hanyalah warisan turun-temurun tanpa ada rasa betapa pentingnya belajar dan memahami sebaik mungkin apa yang telah diajarkan oleh tuhan melalui para utusannya dan kesinambungan itu disambung oleh parah ulama (ahli ilmu) dan bukan hanya melakukan ibadat secara semberono dan buta tuli. Terdapat hadis dari Rasulullah saw yang bermaksud, bezanya ahli ilmu dengan ahli ibadat adalah seperti diriku dengan orang yang paling rendah pengetauannya dikalangan kalian (para sahabat). Begitulah maksud hadis yang amat mementingkan mempelajari ilmu daripada melakukan amal ibadat tanpa panduan.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya