Posts

Showing posts from December, 2010

Itulah ketentuannya

Dewasa ini ramai sekali di kalangan kita sedaya upaya untuk melawan takdir. Mereka telah menyalahgunakan maksud berusaha kerana usaha sebenarnya ada batasnya. Setiap takdir dan batasnya adalah ketentuannya didalam satu kitab induk yang besar. Selalu kita berdoa agar dikurniakan apa yang kita minta atau inginkan. Sejak dilahirkan dengan melihat dunia, adakah kita punya pilihan untuk beribubapa sesiapa sahaja? kitakah yang memilih nama yang sesuai atau hanya menerima seadanya. Itulah takdirnya kita sebagai ruh yang diberikan jasad (dari tanah) sebagai pakaian untuk terus bernafas dan membesar di dalam dunia yang fanan ini. Adakah kita masih ingat perjajian kita dengan yang maha esa? kita sudah lupa dengan semua itu apabila kesenangan dunia menerpa. Apabila kesusahah menimpa kita mengadu kepadaNYA supaya begitu dan begini. ALlah tidak membiarkan kita berenang sendiri tanpa jalur takdirNYA yang panjang sehingga dicabut semula segala pakaian (jasad) dan perhiasan (dunia) dan mengembalikan

Salam Maal Hijrah 1432

"Satu Muharram detik pemulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah.Penghijrahan Nabi dan umat islam, dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Asas keyakinan dan iman yang teguh, kaum Muhajirin dan Ansar bersatu. Rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan Islam tercinta" Tahun demi tahun sedar tak sedar telah 1432 tahun Rasululullah s.a.w yang tecinta telah menggerakkan satu kesatuan dan permulaan dalam mempromosi Islam ke serata dunia. Tahun itu bermulanya satu asas ketamadunan dan kebebasan bagi Umat Islam seluruhnya. Kedua-dua kota ini telah menjadi saksi bagaimana semangat dan kesungguhan seorang Rasul dalam memenuhi tuntutan ALlah s.w.t dalam membina dan menegakkan ajaran tauhid legasi peninggalan moyangnya Nabi Ibrahim a.s. Peristiwa inilah yang banyak mengajar manusia tentang perjanjian demi sebuah perpaduan. Bagaimana ALlah s.w.t membuka hati orang Madinah menerima Rasulullah s.a.w dan sahabatnya Muhajirin Mekah masuk kedalam komuniti mereka lantas membina kekuatan ketenteraan

Ikut-ikut orang

Dewasa ini, masyarakat islam khususnya di malaysia selalu terpengaruh dengan budaya ikutan atau hanya mendengar omongan orang ramai. Ia menyebabkan minda mereka tidak mahu belajar atau mencari suatu kebenaran disebalik sesuatu pengkhabaran. Mereka lebih suka melihat yang mana ramai orang buat atau orang dulu-dulu buat. Maka muncul satu sifat mengikut tanpa memeriksa atau membuat sesuatu perkara secara membabi-buta atau sesuka hati sahaja. Begitu juga dalam ibadat, mereka hanya tahu mengikut jika yang diikut itu betul maka syukurlah tetapi jika yang diikut itupun salah, masya'Allah.Kepentingan berguru atau belajar adalah penting dan sebab itulah Rasulullah s.a.w  dalam mendidik para sahabatnya r.a melalui cara tarbiah melalui contoh atau perbuatan baginda sendiri. Baginda sendiri belajar dari seorang 'Ummi' dengan Malaikat Jibril a.s secara teori (kelubuk hati) ataupun secara praktikal terutamanya ibadat solat. Tanpa didikan atau ikutan dari baginda, agak sukar untuk sesua