Posts

Showing posts from 2022

TAKDIR KITA

Satu lagi nak kongsi, kita telah ditakdirkan Allah swt dapat hidup atas dunia ni dari tiada kepada ada. kita manusia yang akan diberikan syurga atau neraka kecuali kita tukar diri kita kepada insan mukhlisin (ikhlas tunduk kepada Allah). Kita sama2 muhasabah jalan-jalan yang kita lalui dari tanpa seutas benang hingga jalan-jalan takdir hingga kini ke mana arah kita untuk menjadi golongan kanan atau kiri. Allah tidak lihat pada permulaan kita tapi pengakhiran kita bila terpisah dengan kelazatan dan kesibukan dunia apakah bekal kita kerana apa jua kesalahan dan dosa kita dengan Allah maka kita boleh bertaubat kecuali sesama manusia akan dihisab. Cukup menakutkan bila melihat betapa manusia ditakdirkan ke jalan kiri dengan kitab amal ditangan kiri dan betapa berharapnya kita untuk ditakdirkan ke jalan kanan dengan kitab amal ditangan kanan. Selagi punya masa dan betapa Allah memudahkan kita membuat kebaikan, mengingati akan akhirat walaupun sedetik maka beruntunglah daripada mereka yang t

SEMANGAT ASSOBIAH (PERKAUMAN) BOLEH MENJADI JAHILIYYAH

 Manusia yang telah mendiami bumi ini sejak ribuan tahun lampau semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s iaitu bapa segala manusia bersama Siti Hawa sebagai ibu seluruh keturunan manusia yang telah diturunkan dari syurga oleh Allah SWT. Mereka berdua telah berkembang biak dengan diberi keturunan yang ramai dengan kelahiran anak-anak yang berpasang-pasangan lelaki dan perempuan. Apabila jumlah mereka yang ramai bermula dengan gelaran anak-anak adam, setrusnya cucu-cucu adam sehingga keturunannya sehingga kini. Menurut riwayat Imam Abu Ja'far bin Jarir dalam kitab tarikhnya yang diriwayatkan dari beberapa perawi menyebutkan, bahwa Hawa dengan Adam melahirkan 40 anak dari 20 kelahiran. Atsar ini juga disebutkan oleh Ibnu Ishaq dengan sanad yang sama. Imam Abu Ja'far bin Jarir dalam kitab tarikhnya yang diriwayatkan dari beberapa perawi menyebutkan, bahwa Hawa dengan Adam melahirkan 40 anak dari 20 kelahiran. Atsar ini juga disebutkan oleh Ibnu Ishaq dengan sanad yang sama.