Posts

Showing posts from November, 2021

SIAPA KITA UNTUK MENGHUKUM, KITA BUKAN PEMILIK SYURGA DAN NERAKA

 Seringkali sejak dahulu lagi manusia sering berselisih pendapat tambahan pula setiap dari kita mempunyai citarasa dan keinginan yang berbeza namun kadangkalanya mempunyai titik persamaan yang sama menjadi sebuah ikatan yang kuat. Sejak peristiwa pembunuhan pertama dikalangan anak manusia, kisah Habil dan Qabil menjadi contoh bagaimana takdir menjadi satu pengajaran tentang pertelagahan serta permusuhan yang terbitt dari keinginan nafsu manusia yang boleh membawa bencana. Dalam menelusuri sejarah tersebut, inilah cerita atau pengkhabaran Allah SWT. tentang nasib yang akan menimpa setiap manusia apabila terjerumus dalam suatu kesalahan (dosa) dan kepatuhan dari melakukan dosa menyebabkan nasib antara dua orang anak Adam AS. itu membawa kepada kecelakaan atau kebahagiaan. Kesabaran orang yang faham akan hakikat kepatuhan kepada pemilik syurga dan neraka hanya berserah kepadaNya walaupun telah diancam oleh saudara sendiri untuk membunuhnya kerana sifat ketakwaan yang tinggi dan masih mamp

KITA MANUSIA, KE SYURGA ATAU KE NERAKA

 Hakikatnya semua kita tidak pernah mengingati atau cuba mengingati dimana kita semua sebelum diberi kehidupan di dunia ini kerana kealpaan manusia itu adalah sifat utama apabila kita telah boleh berfikir dan keluar dari peringkat usia mumayyiz (yang tidak dipertanggungjawabkan tentang dosa dan pahala). Manusia adalah makhluk istimewa dan itu telah diperakui oleh Sang Maha Pencipta dititipkan melalui firmanNya dalam kitab termulia iaitu Al-Quran sebagaimana disampaikan oleh para penghulu segala Nabi dan Rasul junjungan besar SAW. Ketika Allah SWT. berfirman kepada para malaikat akan kehendaknya ingin menciptakan satu makhluk yang akan memakmurkan bumi sebagai pentadbir (khalifah) dimana dipersoalkan oleh para malaikat mengenai keraguan mereka terhadap makhluk yang akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. Selayaknya hanya Dia Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dengan berfirman atas jawapan terhadap keraguan para malaikat itu hanya Dia sahaja yang mengetahui atas kehen