Posts

Showing posts from September, 2017

APAKAH ITU ISLAM DAN ADAKAH KITA ISLAM?

"Agama yang diredhai oleh Allah adalah Islam", "Tidah diciptakan Manusia dan Jin itu adalah semata-mata beribadah kepadaKU". Islam adalah agama yang bersih berbanding agama lain kerana tiada unsur penyembahan sesama makhluk. Islam mengajar penganutnya hanya menumpukan Allah adalah segalanya dan semua punca kuasa yang ada pada kita dan sekelian alam adalah dari kekuasaan Allah swt. Setiap manusia yang hidup didunia ini pasti telah bersaksi semasa di alam roh bahawa Allah itu adalah pencipta kita. Kalimah syahadah adalah bukti penyaksian kita terhadap Allah dan sejauh mana kita mengenal akan dia dan pengabdian kita kepadaNYA. Kasih DIA dan CINTANYA menjadikan kita makhluknya sebagai manusia dengan akal supaya dapat berfikir dan petunjuk (iman) kepada sesiapa jua yang dipilihNYA agar mendapat hidayah dalam mengenalNYA. Adakah kita cukup mengenal Allah? "Awalluddin Makrifatullah" itulah yang perlu diingati dan difahami kerana pada satu masa kita akan kemb

Bersabar dan memuji Allah swt.

فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ (Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. -Surah Ghafir, Ayah 55   Kuliah Zohor hari ini telah dipimpin oleh Ustaz Khairullah yang mengajar berkenaan tafsir surah Ghafir ayat 55. Antara pengajaran serta intipati: 1. Dalam kita berbuat kebaikan, pasti ada ujian serta sedikit halangan. Maka hadapilah halangan dan ujian tersebut dengan baik. Allah telah menyatakan bahawa, mereka yang terdahulu juga menerima ujian yang sama, dan mereka bersabar. Mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. 2. Orang beriman ini hanya mengharapkan janji Allah sahaja. Dan sesungguhnya janji Allah itu adalah sesusatu yang ghaib (tidak nampak). Ia di