Posts

Showing posts from January, 2014

Ilham dan mimpi bukan hujah atau sandaran sesuatu hukum.

Saya tertarik membaca kenyataan seseorang –tidak pasti sama ada sarkastik ataupun jujur – yang menyatakan sesiapa yang pergi menziarah kubur Rasulullah SAW di Madinah sekarang, baginda tiada di sana. Baginda sibuk hadir dalam majlis-majlis anjuran ustaz-ustaz di Malaysia. Saya tidak pasti kenapa dia berkata begitu. Namun apa yang saya pasti saya mendengar banyak pihak dengan mudahnya kebelakangan ini mendakwa Nabi SAW yang mulia itu hadir dalam majlis ini dan itu anjuran mereka. Ada yang mendakwa Nabi SAW mengiringinya ke meja kuliahnya. Ada yang mendakwa dia nampak Nabi SAW sedangkan orang lain tidak nampak. Dunia facebook pun meriah dengan cerita-cerita ini. Ada yang cuba membuktikan kebenaran aliran yang dibawanya, ataupun tarekatnya, ataupun kelebihan majlisnya dengan kehadiran Nabi SAW yang hanya dapat dilihat oleh beberapa orang tertentu sahaja. Hal yang sama pernah didakwa oleh Ashaari al-Arqam dahulu. Bahkan beliau cuba membuktikan kebenarannya itu dengan pelba

Kalimah ALLAH, Lemahnya sebuah akidah

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mer eka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa? (Yunus 10:31) Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran? (Yunus 10:32) (Sebagaimana benarnya ketuhanan itu bagi Allah sahaja)

Ketenangan itu INDAH, Rahmat itu HIDAYAH, Hidup mendapat BERKAH

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Muhammad bin Abdullah al-Abid berkata: "Siapa yang meninggalkan penglihatan yang tidak perlu, ia mendapat taufiq untuk khusyu' dan siapa meninggalkan sombong diberi taufiq untuk bertawadhuk dan siapa yang meninggalkan bicara yang tidak penting maka ia mendapat hikmat dan siapa yang meninggalkan makanan yang berlebihan maka diberi taufiq untuk merasakan lazatnya ibadat, dan siapa yang meninggalkan senda gurau (yang berlebihan) diberi wibawa dan keindahan, dan siapa yang meninggalkan tertawa (yang berlebihan) maka ia berwibawa dan hebat, dan siapa yang tidak menginginkan kekayaan (merasa kecukupan) orang maka dicinta, dan siapa yang tidak menyelidiki hal orang maka ia diberi taufiq untuk menyelidiki kesalahan diri sendiri, dan siapa yang meninggalkan ragu terhadap sifat-sifat Allah subhanahu wa Ta'ala maka selamat dari nifaq (sifat munafi

Kecelaruan fahaman memesongkan akidah

Dewasa ini zaman telah berubah dari segi pembangunan juga cara pemikiran manusia terutamanya Umat Islam sama ada terpengaruh dengan pencemaran ideologi yang berbagai jenis selari dengan kecelaruan media dan lontaran pandangan daripada sarjana barat terhadap Dunia Islam. Dunia moden hari ini lebih mementingkan kehendak duniawi sehingga menjadi budaya semua manusia yang lahir mempunyai impian hidup untuk kaya dan bermewahan kehidupan di dunia dengan hiburan semata-mata. Maka tidak hairanlah kebanyakannya berfikir untuk seronok dan berhibur sahaja dengan kehidupan ini tanpa memikirkan ada batasan yang dikawal oleh agama. Akhirnya wujudlah satu golongan yang berusaha untuk menjadikan agama sebagai punca dan batu penghalang bagi kebebasan manusia dalam menjalani kehidupan di dunia. Mereka menganggap agama adalah rekaan sesetengah bangsa atau puak untuk menyekat dan memundurkan manusia. Disinilah terciptanya pelbagai ideologi dan jenis pemikiran yang cuba untuk memodenkan atau melongga