Posts

Showing posts from July, 2013

Andai mahu hidup tenang - 36

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Al-Quran dikurniakan kepada kita umat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam sebagai petunjuk dan panduan kepada kita dalam mengharungi kehidupan di dunia dengan beribadah, merintih dan berdoa sebagai hamba Allah swt dan dengan berkhidmat menyumbang tenaga, masa, idea dan segala nikmat yang Allah swt kurniakan kepada kita sebagai khalifah Allah swt untuk memakmurkan dunia ini. Sentiasalah dekati Al-Quran walau dimana, walau pada ketika mana kita berada, kerana Al-Quran dapat memberikan kita suatu kehidupan yang terbaik yang dapat kita alami dunia ini mahupun di akhirat kelak. Dan jangan ada keraguan terhadap Al-Quran. Mari perhatikan ayat Allah swt di bawah: Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran...

Ramadhan Bulan Pembersihan

"Wahai orang-orang beriman, berpuasalah kamu sebagaimana kaum-kaum dahulukala diperintahkan berpuasa, mudah-mudahan kamu akan bertakwa" ini lah firmah Allah swt yang selalu kita dengar dibaca oleh para alim ulama apabila bulan ramadhan kembali menjelma. Alangkah gembiranya bila kita masih diberi nyawa dan kesempatan untuk berada didalamnya. Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia adalah bukti bagi kita menunjukkan ketaatan kepada perintahNYA. Ini kerana ibadat ini boleh sahaja kita ingkarinya tanpa pengetahuan sesiapa. Oleh kerana itu Allah swt telah berfirman "kerana ia adalah perintahku, biarlah aku sendiri yang membalasnya", inilah janji Allah swt kepada seluruh orang yang beriman melalui RasulNYA Muhammad saw. Segala puji baginya yang penuh dengan rahmat dan inayah kepada hamba-hambanya. Menurut wahyu, umat-umat zaman dahulu berpuasa 3 hari sebulan iaitu lebih kurang 36 hari setahun mengikut tanda apabila bulan penuh. Puasa nabi-nabi ada y...