Posts

Showing posts from January, 2012

Ringkasan Kuliah Zohor

Tahun demi tahun, perkara ini selalu tertangguh sejak dari Surau MISC Dayabumi sehinggalah ke Surau Dataran Maybank. Kali ini dengan azam yang kuat cuba untuk mencoret apa sahaja ilmu yang telah didengar untuk menguatkan ingatan sendiri dalam siri-siri kuliah zohor yang dihadiri. Bermula dengan kuliah yang tercatat ringkasannya pada Nokia E63 ini. Waktu mustajab berdoa adalah ketika terbit fajar (sebelum subuh) dan membaca (Surah Yusuf Ayat 99-111) serta berselawat ke atas Nabi (SAW) sebanyak 80 kali selepas Solat Jumaat. Asnaf zakat : Fakir miskin, Amil, Muallaf, Hamba Mukataf (ada perjanjian (cagaran) untuk bebas), Pendamai bagi pentelagahan, Musafir, Sabiullah (orang yang menegakkan Islam). Ada 3 nama Ubay pada zaman Rasulullah (SAW) iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul (Ketua Munafik), Ubay bin Kallaf (Ketua orang tak bersolat) dan Ubay bin Kaab (Sahabat yang pertama dilantik menjadi imam solat). Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang baik (halal) yang telah direzkikan. Ad...

Apakah Pekerjaan Tuhanmu Sekarang? - Imam HANAFI

IMAM ABU HANIFAH Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan keTuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya. Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antar...

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya

Allah swt. adalah Zat yang Maha Merajai seluruh alam semesta. Dia mengatur segala sesuatu yang ada di dalam kerajaan-Nya dengan kebijaksanaan dan kehendak-Nya sendiri. Maka dari itu apa saja yang terjadi di alam semesta ini, semuanya berjalan sesuai dengan kehendak yang telah direncanakan sejak semula oleh Allah Taala dan juga mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam alam yang maujud ini. Allah Taala berfirman, “Segala sesuatu itu di sisi Allah adalah dengan ketentuan takdir.” (Q.S. Ar-Ra’d:8) Jadi Allah swt. itu tidak menanggung sesuatu kewajiban apa pun dan tidak pula mengaturnya itu karena mengikuti dorongan kemauan atau perintah siapa pun juga. Allah Taala berfirman, “Katakanlah! ‘Ya Allah Yang Maha Memiliki kerajaan! Engkau memberikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki, Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan merendahkan orang yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan-Mula...

Meningkat Lagi Setahun Usia

Tanggal 21 Muharram (tahun hijriah) dan 18 November (tahun masihi) yang lalu genap 3 dekad diberi nafas oleh Yang Maha Kuasa untuk mengharungi lautan kehidupan dunia yang mencabar ini. Di lambung ombak, dihempas badai namun ada juga riak tenang yang menjadi guru kehidupan dibawah rahmatnya. Menjelma sebagai makhluk yang tidak punya apa-apa menumpang kasih sayang kedua orang tua membesarkan dan memberi pendidikan yang seadanya. Ya ALLAH tuhanku Yang Maha Pemurah kau kurniakanlah limpahan rahmatmu keatas kedua orang tuaku yang banyak berjasa dalam menggalas amanahMU. Buat semua adik beradikku, saudara mara  semua sememangnya kehidupan bersama kalian adalah anugerah TUHAN yang amat baik telah diberikan. Segala hubungan baik yang dilalui akan mendapat kerdhaan ILAHI dan pahala yang meliputi. Sekalung ingatan kepada rakan taulan dan maulan yang sama-sama mengharungi sejak di alam permainan, persekolahan serta pekerjaan amat dihargai. Lama telah kulalui kadangkalanya berlari, me...