Memahami takdir dan ketentuan
Takdir adalah jadual perjalanan hidup yang telah ditentukan.Ia telah ditulis di satu kitab induk yang besar di Lauh Mahfuz. Ia memang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. bagi segenap makhluknya sehingga masa yang telah ditentukannya. Ada takdir yang nyata difirman oleh Nya tidak akan berubah dan telah ditulis (diberi) ketika kita dijadikan (ditiupkan roh) di dalam rahim ibu iaitu ajal,jodoh dan rezki. Ketetapan takdir sebenarnya meliputi setiap perkara pada setiap detik namun Allah s.w.t. telah memberi kita pilihan dua jalan pada setiap amal perbuatan yang kita lakukan sama ada ke kanan (kebaikan) atau ke kiri (Kejahatan). Disinilah peranan tiga unsur utama kita dalam memandu jasmani (roh,akal dan nafsu) dalam meniti hari-hari yang memenuhi diari kehidupan sebelum roh diangkat keluar dari dunia ini meninggalkan jasad dan akal yang kaku mereput dibumi. Roh adalah unsur yang abadi dengan izin Nya yang akan dicantumkan semula dengan jasad dibumi pada hari pembalasan nanti. Maka kita akan...