Posts

Showing posts from 2023

Makna Bacaan Dalam Solat

 Kita dah solat berpuluh tahun, tapi masih kdg2 lupa maksud atau makna bacaan dalam solat. Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita sekali lg faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat *Takbiratul-Ihram / Takbir:* Allah Maha Besar. *Doa Iftitah:* Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku daripada golongan orang Islam. *Al-Fatihah:* Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepa

Manusia Masih Mencari Allah Di dalam Allah

 Adakah kita Masih tidak mengenali Allah Tuhan yang mencipta kita daripada tiada begitu sahaja makhluk yang bergelar manusia? Sememangnya kita sering terkenang dan diulang-ulang dengan ayat 'awal agama mengenal Allah namun Masih tercari-cari kerana merasakan masih tidak mengenali. Siapa Allah? Mengapa Dia hanyalah Tuhan yang layak disembah selain Ilah-ilah yang dirupakan dengan pelbagai keadaan dengan tujuan untuk tunduk beribadah memohon segala sesuatu? Secara semulajadi manusia sememangnya mempunyai naluri untuk bergantung kepada satu kuasa yang diyakini untuk membantunya pada setiap permintaan. Sehinggalah ada manusia cuba mengaku menjadi Tuhan untuk disembah apatah lagi apabila mempunyai kuasa dan keistimewaan atau menjadi raja dan maharaja. Manusia adalah makhluk pelupa yang sentiasa alpa kerana kelalaian atau buta akibat keseronokan yang melampaui sehingga lupa asal-usul. Melampau adalah punca kita menjadi sesat dan tersesat kerana akibat melepasi garis atau telah ditetapkan