Posts

Showing posts from January, 2022

SEMANGAT ASSOBIAH (PERKAUMAN) BOLEH MENJADI JAHILIYYAH

 Manusia yang telah mendiami bumi ini sejak ribuan tahun lampau semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s iaitu bapa segala manusia bersama Siti Hawa sebagai ibu seluruh keturunan manusia yang telah diturunkan dari syurga oleh Allah SWT. Mereka berdua telah berkembang biak dengan diberi keturunan yang ramai dengan kelahiran anak-anak yang berpasang-pasangan lelaki dan perempuan. Apabila jumlah mereka yang ramai bermula dengan gelaran anak-anak adam, setrusnya cucu-cucu adam sehingga keturunannya sehingga kini. Menurut riwayat Imam Abu Ja'far bin Jarir dalam kitab tarikhnya yang diriwayatkan dari beberapa perawi menyebutkan, bahwa Hawa dengan Adam melahirkan 40 anak dari 20 kelahiran. Atsar ini juga disebutkan oleh Ibnu Ishaq dengan sanad yang sama. Imam Abu Ja'far bin Jarir dalam kitab tarikhnya yang diriwayatkan dari beberapa perawi menyebutkan, bahwa Hawa dengan Adam melahirkan 40 anak dari 20 kelahiran. Atsar ini juga disebutkan oleh Ibnu Ishaq dengan sanad yang sama.