Posts

Showing posts from January, 2021

PERMINTAAN DAN HARAPAN ADALAH TAKDIR SEORANG HAMBA

Manusia adalah sebaik-baik penciptaan oleh Yang Maha Esa kerana ia telah dipilih sebagai khalifah (pentadbir) yang diberi amanah untuk memakmurkan bumi ini yang dahulunya mati dan dihidupkan oleh kehidupan yang diciptakan bermulanya dari air. Manusia diciptakan dengan sifat-sifat yang telah dipunyai oleh haiwan namun dilebihkan dengan akal yang membolehkan mereka berkembang menjadi makhluk moden yang mampu menguasai segalanya yang ada di bumi. Apabila Allah swt menciptakan manusia, makhluk inilah yang mengaku dan mengesakan Tuhannya dan menjelaskan lagi kemegahan dan keagungan Allah swt sebagai sebaik-baik pencipta dan Tuhan yang tunggal untuk disembah kerana akalnya telah diberi kebebasan untuk memilih mengikut kemahuannya. Sejak penciptaan manusia pertama tuhan telah menceritakan melalui penyampaian Rasulullah saw mengenai keinginannya yang kuat serta naluri yang sentiasa berharap dan selalu meminta-minta. Manusia memang diciptakan dengan sifat tergesa-gesa sebaik sahaja menghembus n