Posts

Showing posts from August, 2020

PENGORBANAN ADALAH SYARIAT TUHAN

Hari ini adalah hari yang ketiga dalam hari-hari tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah 1441 Hijriah bagi semua umat Muhammad SAW yang patuh dengan sunnah dan perintah tuhanNYA. Pada tiga hari selepas 10 Zulhijjah (Eiduladha) ini kita semua digalakkan untuk memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT selain ibadah khusus iaitu menyembelih binatang ternakan dan diagihkan kepada fakir miskin, jiran tetangga, sanak saudara serta masyarakat sekitarnya. Asas kepada perayaan ini adalah bagi mengenangkan peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim AS keatas perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Ia sebenarnya bukanlah bermaksud Allah SWT itu zalim tetapi inilah ujian yang perlu dilalui oleh kedua-duanya iaitu si bapa dan si anak. Peristiwa ini juga bagi menjadi pengajaran kepada semua manusia yang beriman tentang betapa pentingnya menuruti perintah Allah SWT tanpa ada dolak-dalik walaupun ianya amat berat untuk dilakukan. Ibrahnya ialah pengorbanan harus dilakukan oleh orang-orang beriman atas