NABI YUSUF A.S DARI SEORANG ANAK TERBUANG, BANDUAN MENJADI MENTERI PENGUASA MESIR YANG BIJAKSANA
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnianya diberi kesempatan dan atas jalan takdirnya untuk menulis dan merakamkan beberapa kisah dari pembacaan Al Quran serta terjemahannya. Kisah Nabi Yusuf a.s telah diceritakan oleh Allah swt dalam firmannya didalam Al Quran melalui Surah Yusuf (12:1-111) dengan ayatnya dimulakan dengan tiga huruf hijaiyah iaitu Alif, Lam dan Ra. Tuhan mengingatkan kita bahawa kebenaran yang ada didalam Al Quran dengan bahasa yang dapat difahami bagi mereka yang menggunakan akal. Kisah-kisah yang diceritakan Allah swt ini adalah diluar pengetahuan manusia. Kisah Baginda bermula dengan pertanyaannya kepada ayahnya Nabi Yaakub a.s mengenai mimpi pelik yang memerlukan tafsiran yang akan diceritakan pada akhir surah ini. " (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hor...