Posts

Showing posts from May, 2019

MADRASAH RAMADHAN: AKU MASIH MUSLIM TETAPI BELUM MUKMIN

Segala puji bagi ALLAH swt Tuhan yang wajib disembah oleh semua manusia dan tiada makhluk lain yang setara dengannya dan DIA Tuhan yang mempunyai langit dan bumi serta sekelian alam. Alhamdulillah masih berkesempatan dan diberi kekuatan untuk menulis walaupun telah ditimpa seribu satu kelemahan dalam dua hobi utama pada masa lalu iaitu menulis dan membaca kerana kesibukan dunia yang seperti tiada berpenghujungnya. Hari ini genap seminggu menjalani ibadah berpuasa dengan memasuki hari ke-8 Ramadhan 1440 yang sekali lagi tiba buat seluruh umat Muhammad saw sebagai sebuah 'shahrul-madrasah' selama 30 hari kita ditarbiah. Bermula dengan menahan lapar dan dahaga serta mengekang keinginan nafsu yang senantiasa bergelora dijiwa sebagai seorang manusia biasa. Cabaran hari ini ialah dunia semakin sibuk dengan pelbagai sebaran dari segi penyediaan pelbagai jenis makanan serta kenikmatan lain yang berada diluar rumah serta media elektronik yang berada didalam rumah serta media so