Posts

Showing posts from November, 2018

KITA TIADA PILIHAN KERANA SEMUANYA TELAH DIATURKAN

Siapalah kita tanpa kehendak (iradat) NYA, kita adalah makhluk yang terpilih untuk menjadi khalifah manusia. Kenapa kita wujud dan diberi nikmat hidup didunia dan peluang untuk ke syurga? Memetik kata-kata Ustaz Wan Hizam dalam kuliahnya, itu semua kerana Allah swt tu ingat kepada kita maka diwujudkan kita dimana kita belum wujud dan dikenali oleh sesiapapun. Cahaya Muhammad (Nur Muhammad) yang membuatkan makhluk bernama Adam a.s itu wujud dengan keturunannya menjadi khalifah dimuka bumi ini. Secara ringkasnya Nur Muhammad itu dijadikan oleh Allah swt sebagai permulaan penciptaan kepada semua makhluk-makhluknya kerana Allah swt itu zat yang Maha Berkehendak atas segala sesuatu daripadaNYA kita semua makhlukNYA datang dan kepadaNYA jualah semua mahlukNYA kembali. Namun begitu hadis daripada Attarmizi dan Ibnu Daud merawikan bahawa Rasulullah SAW bersabda," Makhluk yang mula-mula sekali dicipta ialah Al-Qalam, maka Allah swt berfirman, tulislah olehmu, Al-Qalam pun bergetar