Posts

Showing posts from March, 2018

Tuhan Tidak Pernah Melupakan Kita

Dulu kita belum pernah wujud dan kita tak pernah ingat pun apa-apa ingatan semasa di alam roh sebelum lahirnya kita. Sebab kita wujud juga kerana kasihnya kepada kita maka dibenarkan kita hidup dan lahir hidup di dunia. Kita dicipta untuk menyaksikan kejadian alam ini dan segala ciptaanNya serta kebesaranNya dengan beramal dan beribadat kepadaNya melalui zikir lidah perbuatan dan sebutan kita. Allah swt itu amat dekat dengan kita lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Nikmat dunia ini adalah tanda kebesaran Allah swt yang diberikan kepada kita dan kita mendapat nikmat tersebut atas rahmat dan kasihNya. Dihidupkan kita dengan jasad selain roh yang membuatkan kita bernyawa kerana dengan jasadlah kesemua indera kita berfungsi dan merasai nikmat-nikmat tersebut. Bagaimana Dia (Allah swt) mencampakkan kecintaanNya itu kepada Ibu-bapa dan orang sekeliling untuk kita membesar dari seorang bayi yang tidak punya apa-apa. Dia tidak pernah membiarkan kita keseorangan pasti takdir