Posts

Showing posts from July, 2017

Sekolah Takwa Ramadhan

Hari ini telah masuknya 12 Syawal 1438H menandakan dua belas hari kita telah meninggalkan Bulan Ramadhan yang terdapat didalamnya satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Kita seringkali diingatkan oleh para imam atau ustaz tentang firman Allah swt tentang bulan yang penuh kemuliaan ini kerana didalamnya peristiwa besar iaitu Al-Quran diturunkan. KIta telah diperintahlan berpuasa olehNYA dan Allah swt telah memberikan harapan atau saranan berbunyi 'mudah-mudahan kamu bertakwa". Apakah itu takwa? Jika mengikut maksud biasa ialah 'takut' dan seringkali kita diingatkan juga setiap minggu oleh khatib semasa khutbahnya "ittaqullah" yang bererti takutlah kamu kepada Allah swt. Apa yang kita perlu takut? Amaran dan perintahnya kerana kita yang sebelumnya tidak wujud tetapi telah diberi nikmat kehidupan tidak lain adalah untuk beribadat kepadaNYA. Kita sebagai hamba yang telah diberi amaran tentang akibat buruk yang akan diterima jika kita melangg